“Jangan Nampak Bodoh Walau Diri Memang..” – Diminta Buang Nama Bapak Kerana Pakai ‘Dress’ Terbuka, Elvina Mohamad Bidas Netizen Cakap Lepas

Hiburan

“Jangan Nampak Bodoh Walau Diri Memang..” – Diminta Buang Nama Bapak Kerana Pakai ‘Dress’ Terbuka, Elvina Mohamad Bidas Netizen Cakap Lepas

Baru-baru ini, seorang pelakon sensasi telah membidas seorang invidu yang telah meninggalkan sebuah komen di posnya menyuruhnya membuang nama bapanya kerana dianggap ‘memalukan’ agama Islam.

Elvina Mohamad yang menjadi bualan ramai apabila memuat naik sebuah hantaran di Instagram dengan mengenakan dress panjang tanpa lengan namun berselendang. Gambar tersebut meraih perhatian ramai apabila diangggap memainkan agama Islam sebagai seorang Muslim.

Advertisement

Kau bodoh atau berlagak bodoh. Sebab aku pakai hooded gowns aku kena buang nama bapak aku?

elvinaSumber : Instagram  

Elvina juga turut menyertakan nama Instagram dan gambar individu tersebut di Instagram story yang membuatkan lelaki itu akhirnya menukar profilnya kepada private.

Meskipun ruangan komen hantaran pelakon ini yang mengenakan busana kurang sopan itu ditutup, netizen masih mencari cara untuk meluahkan rasa tidak senang dah keinginan untuk mengecam itu di ruangan komen hantaran gambar yang lain,

Namun demikian, ada juga segelintir warganet yang menjelaskan konsep pemakaian Elvina yang tidak berlandaskan spekulasi ingin mempermainkan nama agama. Busana itu hanyalah fesyen semata bertujuan mengahadiri majlis fesyen.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

"Dah Macam Zaman Firaun Punya Fesyen Lah Pulak" - Pakai Dress Terbuka Tapi Berselendang, Warganet Mempersoal Pemilihan Pakaian Elvina Mohamad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...