Baru-baru ini, seorang pelakon sensasi telah membidas seorang invidu yang telah meninggalkan sebuah komen di posnya menyuruhnya membuang nama bapanya kerana dianggap ‘memalukan’ agama Islam.
Elvina Mohamad yang menjadi bualan ramai apabila memuat naik sebuah hantaran di Instagram dengan mengenakan dress panjang tanpa lengan namun berselendang. Gambar tersebut meraih perhatian ramai apabila diangggap memainkan agama Islam sebagai seorang Muslim.
Kau bodoh atau berlagak bodoh. Sebab aku pakai hooded gowns aku kena buang nama bapak aku?
Elvina juga turut menyertakan nama Instagram dan gambar individu tersebut di Instagram story yang membuatkan lelaki itu akhirnya menukar profilnya kepada private.
Meskipun ruangan komen hantaran pelakon ini yang mengenakan busana kurang sopan itu ditutup, netizen masih mencari cara untuk meluahkan rasa tidak senang dah keinginan untuk mengecam itu di ruangan komen hantaran gambar yang lain,
Namun demikian, ada juga segelintir warganet yang menjelaskan konsep pemakaian Elvina yang tidak berlandaskan spekulasi ingin mempermainkan nama agama. Busana itu hanyalah fesyen semata bertujuan mengahadiri majlis fesyen.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.