“Jangan Nak Tunding Jari Je!” – Saran Pembeli Buat Laporan Isu Harga Ayam, Ramai Peniaga ‘Maki’ KPDNHEP?

Berita

“Jangan Nak Tunding Jari Je!” – Saran Pembeli Buat Laporan Isu Harga Ayam, Ramai Peniaga ‘Maki’ KPDNHEP?

Sedia maklum, sejak kebelakangan ini isu yang sering berbangkit dan menjadi bualan ramai ada berkaitan dengan harga ayam yang semakin hari semakin mahal untuk dibeli oleh masyarakat, malah diletak syarat jika mahu membeli.

Sedar akan isu yang berbangkit, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memuat naik satu hantaran di laman Facebook yang membuatkan ramai tidak berpuas hati, lagi-lagi daripada kalangan peniaga.

Advertisement

Di dalam hantaran berkenaan, KPDNHEP menyaran pembeli agar membuat laporan jika ada peniaga ayam yang meletakkan harga terlalu tinggi untuk dibeli.

Kerana memuat naik hantaran sedemikian, ramai mengkritik serta melontarkan kata-kata negatif di ruangan komen kerana merasakan kementerian terbabit seakan-akan menuding jari kepada pihak peniaga ayam.

komen facebook

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen mempertikaikan KPDNHEP meminta pembeli buat laporan, sedangkan pihak mereka boleh saja membuat tinjauan untuk memantau peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

harga ayam naik mendadak
6 bulan lalu

"Naik Gila B*bi!" - Harga Ayam Naik Mendadak Dalam Beberapa Hari, Netizen Luah Rasa Marah Pada KPDNHEP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    June 1, 2022 at 8:50 am

    its tuding jari bukan tunding jari la bangnaraaaaa

Loading...