“Jangan Nak Cari Salah, Berhenti Persenda Dia” – Boss Ned Minta Netizen Berhenti Kecam Nora Danish

Hiburan

“Jangan Nak Cari Salah, Berhenti Persenda Dia” – Boss Ned Minta Netizen Berhenti Kecam Nora Danish

Perkongsian melibatkan usahawan dan personaliti media sosial, Boss Ned, bersama bekas isterinya, pelakon popular Nora Danish, kembali menjadi perhatian netizen di media sosial.

Sebelum ini, Boss Ned memuat naik satu hantaran yang mempersoalkan mengapa kebanyakan perniagaan dilihat agak perlahan setiap kali tiba bulan Ramadan.

Advertisement

bosned

Hantaran tersebut kemudiannya mendapat respons daripada Nora Danish yang memberikan pandangan ringkas berunsur nasihat mengenai perkara berkenaan.

“Kerana Allah nak kita concentrate dengan ibadah :) buang dunia dan focus akhirat,” tulisnya.

Jawapan itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, malah ramai yang bersetuju dengan pandangan Nora bahawa Ramadan adalah masa untuk umat Islam lebih menumpukan perhatian kepada ibadah.

Tidak lama kemudian, Boss Ned turut tampil menjelaskan situasi sebenar selepas melihat pelbagai komen daripada orang ramai.

Menerusi satu hantaran di Threads, beliau meminta orang ramai supaya tidak mempersendakan bekas isterinya dan menegaskan Nora kini sedang berusaha menjadi insan yang lebih baik.

bossned

“Betul la bekas isteri saya reply tu ,jangan nak cari salah dia .dia sedang berubah menjadi lebih baik ! Kalau dia mengingati saya alhamdulillah,dan kepada yang lain bagi la jawapan yang korang nak bagi. Jangan persenda kan seseorang !”

Perkongsian tersebut sekali lagi mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang melihat interaksi antara kedua-dua bekas pasangan itu sebagai sesuatu yang matang dan saling menghormati.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-03 15:51:53

Janna Nick 'Spill Tea' Mengenai Artis Terbabit 'Sc*mmer' - "Saya Harap Ada Orang Dapat Selamatkan Dia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...