“Jangan Nak Buat Fitnah” – Dikecam Pegang Ular Berdekatan Dengan Kucing, Aaron Aziz Buat Penjelasan

Hiburan

“Jangan Nak Buat Fitnah” –  Dikecam Pegang Ular Berdekatan Dengan Kucing, Aaron Aziz Buat Penjelasan

Pelakon Aaron Aziz semalam dikecam hebat netizen gara-gara tindakannya memegang seekor ular sawa berdekatan sangkar kucing kerana boleh memberi trauma kepada haiwan tersebut.

Perbuatannya itu kemudian mendapat perhatian persatuan pencinta haiwan sebelum dikecam kerana tidak bertanggungjawab dan menzalimi haiwan.

Advertisement

Tampil membuat penjelasan, Aaron mendakwa tindakannya itu hanyalah sekadar lakonan dan ada pakar haiwan yang mengawasi persekitaran ketika babak itu dirakam.

Sebelum buat babak itu, saya ini selaku pencinta kucing sudah awal-awal maklumkan agar tidak meletakkan ular di situ jika ada simptom tertekan terhadap kucing.

Ada 11 orang pakar di sana untuk menjaga. Jangan buat fitnah. Ia hanyalah sekadar lakonan sahaja.

Katanya lagi, dia sendiri memelihara kucing di rumah dan pastinya tidak tergamak untuk melihat haiwan peliharaannya melalui kesan trauma apabila berada dekat dengan haiwan pemangsa seperti ular.

Sebelum melakukan penggambaran, kami telah jalankan ujian dahulu. Tiada langsung bunyi ular yang boleh memberi kesan kepada kucing.

Tambah Aaron, dia menerima kecaman daripada netizen dengan hati terbuka namun tidak mahu orang berkata-kata sesuatu yang boleh dianggap sebagai fitnah.

“Kalau nak kecam silakan, nak sekat sekali pun silakan. Tetapi janganlah buat fitnah” ujarnya lagi.

Kak KM Liana Rosli tegur anak seksi
11 months ago

Anak-Anak Sering Pakai Seksi, Kak KM Akui Ada Tegur - "Biasanya Saya Cakap Sambil Bergurau"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...