Jangan Mudah Percaya, Itu Bukan Gambar Saya – Nora Danish

Hiburan

Jangan Mudah Percaya, Itu Bukan Gambar Saya – Nora Danish

Pernah terpalit dengan kontroversi dakwaan foto imej refkelksi tubuh seorang wanita sedang berbogel miripnya yang disebarkan menerusi Insta Stories sekitar Disember tahun lalu, pelakon Nora Danish menafikan itu adalah fotonya.

Advertisement

Nora meminta agar  netizen jangan terlalu mudah percaya dan membuat andaian terhadap sesuatu isu tanpa sebarang usul periksa.

Zaman sekarang banyak benda-benda mengarut berbanding yang betul jadi apa yang saya belajar selama dalam industri ini adalah jangan cepat melatah. Sebab tak semuanya betul, kita sendiri pun tahu the picture it’s not even clear. Nauzubillah… Saya pun takut kalua benda-benda seperti ini berlaku.

Untuk saya, that’s not my picture dan jangan percaya dengan benda yang anda Nampak. Anda semua pun tak pasti sama ada benda itu betul atau tidak. Bukan terjadi pada saya sahaja tetapi begitu juga kepada rakan-rakan artis yang lain atau yang bukan selebriti pun.

Yang penting jangan cepat melatah dan jangan cepat sangat percaya benda yang anda lihat terutamanya di media sosial.

Apa yang dikatakan oleh Nora itu ada betulnya. Jangan mudah percaya dengan khabar angin yang tersebar kerana ada sahaja pihak yang akan tidak puas hati dengan seseorang dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjatuhkan maruah orang lain.

Sumber Berita: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...