Seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang pempengaruh media sosial yang didakwa cuba untuk memperdayakan bapanya.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita dikenali sebagai Alin itu mendedahkan bahawa TikToker tersebut telah meminta bayaran mencecah sehingga RM1,800.
Bukan itu sahaja, TikToker itu turut berkata bayaran tersebut perlu dibuat bagi tujuan untuk membuat ‘review’ dan menularkan kedai makan yang dimiliki oleh bapanya itu di media sosial.
Ayah saya memang ada restoran. Jadi, ada seorang TikToker yang datang dan nak buat ‘review’ makanan.
Jelasnya lagi, pempengaruh itu tidak sepatutnya meminta bayaran untuk membuat ‘review’ kerana kebanyakkan pelanggan yang datang akan menularkan perkara itu sendiri.
Saya sendiri tak pasti berapa ‘followers’ influencer tu, tapi memang tak masuk akal bayaran tu.
Dalam pada itu, Alin memaklumkan sebelum ini kedai makan milik bapanya juga pernah didatangi beberapa orang influencer tetapi mereka tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk membuat konten di media sosial.
Ayah saya memang dah tua, cukup-cukup lah tertipu dengan konten di TikTok, jadi jangan lah menipu warga tua macam ni.
@alinkiwi #fyp #reviewkedaimakan cukup2 la org dh tua, cari rezeki. jgnla menyusahkan pakcik2 dgn benda2 minta duit cmni.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.