Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jangan Menghuru-harakan Hidup Sendiri Kerana Artis – Datuk Ramli MS Tempelak Peminat Fanatik

Gara-gara komen “belas kasihan” terhadap Elly Mazlein sehingga penyanyi itu menarik diri daripada GV 3, juri Datuk Ramli MS menerima pelbagai jenis kritikan dan komen negatif terutama sekali melalui akaun Instagramnya.

Advertisement

Tidak tahan dengan komen-komen yang diterimanya, Tok Ram  menerusi akaun Instagramnya telah menempelak mereka yang terlalu fanatik dengan artis.

Menurut Tok Ram, untuk apa mereka bertegang leher dan menghuru-harakan kehidupan sendiri hanya disebabkan isu artis. Tok Ram juga mengingatkan agar peminat fanatik artis tidak terlampau beremosi

Pada yang nak  hamput hamun mengata sila hormat pada diri sendiri . Ko masuk rumah orang suke ko tapi ko private kan umah ko?Jangan huru-harakan kehidupan ko.Saya  boleh block kamu tapi tak guna sebab ko akan buka fake acc yg lain.

Adik.udah2 la tipu diri sendiri .Soon or later ko kena hadapi yang nyata dalam bentuk positif or negatif. Bil bulanan ko pun ko yang kena bayar sndri. Tak yah nak respect orang just respect yourself k.

Advertisement

Tidak dinafikan ada golongan yang terlalu fanatik dengan artis sehingga terlalu emosi. Kadang-kadang mereka juga boleh jadi “defensive” dan tidak boleh membezakan perkara yang baik mahupun buruk buat artis mereka.  Bukannya salah untuk meminati seseorang artis itu, tetapi biarlah berpada.

Sumber Berita : Instagram Datuk Ramli MS

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top