Rasanya semua sedia maklum dengan kontroversi rumah tangga yang melibatkan pengacara dan pelawak, Shuk Sahar dan isteri apabila lelaki itu dikatakan berkali-kali ‘kantoi’ curang.
Malah, isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Rossa Serra mendedahkan bahawa mereka sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dan dalam proses penceraian pada November tahun lalu.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, isteri Shuk itu juga nampaknya telah menarik perhatian ramai apabila dilihat semakin ‘glowing’, kurus dan cantik semenjak hidup sendiri.
Malah, menerusi Instagram Story miliknya, Sera ada memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan penghantar mesej dipercayai Shuk memberi pesanan kepadanya supaya ‘jangan terlalu cantik’ dan jangan melayan DM.
Shuk juga sempat memohon maaf dan meminta Sera tidak membuka hatinya kepada orang lain buat masa kini.
Sempat juga pelawak itu bertanya sama ada mereka masih mempunyai peluang untuk bersama sebagai suami isteri kembali.
Apa-apa pun, marilah kita berdoa agar urusan kedua-duanya dipermudahkan.