“Jangan Main-Main Dengan Saya..” – Elly Mazlein Nak Jaga Hati Semua Orang, Enggan Lagi Ulas Isu Peribadi

Hiburan

“Jangan Main-Main Dengan Saya..” – Elly Mazlein Nak Jaga Hati Semua Orang, Enggan Lagi Ulas Isu Peribadi

Sebelum ini, personaliti TV dan penyanyi, Elly Mazlein ada memberi ‘amaran’ untuk tidak sewenang-wenangnya merendahkan dirinya sehingga dikritik terlalu berlebihan dalam mempertahankan diri.

Bukan saja dikata ‘over’, malah Elly turut dikecam seolah-olah sengaja mahu mencari perhatian.

Advertisement

Bagi Elly, dia berpendapat setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dan enggan ambil pusing jika ada kurang senang dengan kenyataannya sebelum ini.

Ikut suka kalau ada yang anggap begitu. Yang penting saya gembira. Saya mahu sentiasa terus berkasih sayang.

Kata Elly, dia akan terus bersuara sekiranya ada pihak cuba ‘mengusik’ dan merendah-rendahkan dirinya.

Jangan main-main dengan saya. Samalah seperti yang saya cakap di Instagram sebelum ini. Sebenarnya saya tak mahu ulas lagi.

Apa yang mahu diperkatakan saya dah ulas di IG. Boleh tengok di highlight, masih ada di situ.Kalau boleh saya mahu jaga hati semua orang walaupun ada yang lukakan hati saya.

Dalam hidup saya lebih suka pilih kebahagiaan dan kegembiraan. Tak nak sebut lagi fasal itu. Selepas ini saya nak cerita perkara baik tentang kerjaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

KRU Bakal muncul dengan album kaset
2 months ago

AWAS! KRU Bakal Muncul Dengan Album Baru Berjudul Kaset November Ini - "Ini Bukan 'Comeback', Tapi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...