“Jangan Main Cakap Sesuka Hati..” – Stacy Beri Nasihat Pada Elle SMBX, Jangan Gunakan Kontroversi Untuk Jadi Popular

Hiburan

“Jangan Main Cakap Sesuka Hati..” – Stacy Beri Nasihat Pada Elle SMBX, Jangan Gunakan Kontroversi Untuk Jadi Popular

Penyanyi Stacy menasihati salah seorang anggota SMDX iaitu Elle yang sempat tular baru-baru ini untuk menjaga tutur kata dan lebih berhati-hati ketika menjawab sebarang soalan terutamanya di media sosial.

Biar orang kenal kerana bakat

Menurut penyanyi kelahiran Sabah ini, Stacy berpendapat setiap artis perlu menjaga nama baik dan pandai mengawal situasi ketika berdepan dengan peminat.

Advertisement

Datang dalam industri ini, kena bersedia dengan semua soalan. Berhati-hati dalam setiap kita buat baik dari segi perbuatan atau percakapan.

 

Biar orang kenal kita sebab bakat, bukan kontroversi yang tidak enak didengar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

Jangan cakap sesuka hati

Sementara itu, penyanyi lagu Pelangi Senja ini turut berkata setiap artis yang berada dalam dunia seni ini tidak patut menggunakan kontroversi sebagai satu cara untuk menaikkan nama serta dikenali orang ramai.

Setiap orang ada kelas tersendiri. Tak kan masuk industri mahu glamor dengan gosip sedemikian? Tidak elok dengan cara begitu.

 

Tunjukkan bakat dahulu kalau nak naik cara betul. Itu paling utama. Selancang mana pun mulut kena belajar untuk berdiam. Jangan main cakap sesuka hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

Terdahulu, salah seorang anggota SMDX menerima kecaman daripada netizen setelah memberitahu dirinya tidak mengenali kumpulan Dolla ketika ditanya dalam satu sesi siaran langsung di laman TikTok.

elle smdx mohon maaf
7 months ago

Kumpulan SMDX Mohon Maaf Pada iDolla - "Elle Benar-Benar Tidak kenal Siapa Dolla"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...