Jangan Lupa Wanita Hebat Ini Ketika Senang, Sedang Dia Setia Bersama Kita Dikala Susah

Trending

Jangan Lupa Wanita Hebat Ini Ketika Senang, Sedang Dia Setia Bersama Kita Dikala Susah

Ibu, adalah wanita yang sentiasa setia bersama kita walaupun susah dan senang. Lihatkan anak-anak ketika ini ramai antara kita bila susah akan cari ibu bila berhutang namun jarang sungguh ibu menghampakan kita kerana mereka tidak sanggup melihat anak mereka susah.

Advertisement

Isteri, walaupun betapa susahnya suami, majoriti mereka akan setia bersama susah senang, jadi jika anda lelaki dapat isteri seperti ini, hargailah mereka, jagalah hati mereka sebaik-baiknya.

Jika kita sudah senang, ingatlah siapa yang berada bersama kita semasa kita susah, pengorbanan yang mereka sudah lakukan bersama kita.

Sebuah kisah tauladan tulisan  Dr Zubaidi Hj Ahmad berguna untuk bacaan kita semua terutama buat mereka yang masih ada ibu dan telah pun berumah tangga. Kisah tentang pengorbanan wanita-wanita ini diceritakan sebagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh seorang lelaki di dalam cerita dibawah.

JANGAN LUPA KITA PERNAH SUSAH

Ada seorang gadis yang buta akibat kemalangan jalanraya. Dia sangat membenci dirinya kerana tidak dapat melihat seperti dulu. Dia hanya menyayangi teman lelakinya yang mencintainya tanpa syarat. Selalu berada di sisinya di saat susah dan senangnya.

Dia memberitahu teman lelakinya bahawa dia akan sedia berkahwin dgn teman lelakinya jika dia dpt melihat semula. Suatu hari ada orang yang sanggup menderma anak matanya untuk gadis ini.

Selepas pembedahan dan balutan dibuka, dia gembira kerana dapat melihat semula, termasuk teman lelakinya. Dia sangat terperanjat melihat keadaan diri teman lelakinya yg juga buta.

Teman lelakinya berkata “Sekarang awak sudah dapat melihat. Sudikah awak berkahwin dengan saya?” Sekarang hatinya berubah kerana memikirkan masa hadapannya bila berkahwin dengan si buta.

Akhirnya dia menolak lamaran teman lelakinya yang menagih janji gadis ini.

Akhirnya teman lelakinya berkata “Baiklah. Saya akan pergi meninggalkan awak selama-lamanya” Tetapi dia berkata lagi “Cuma tolong jagakan penglihatan yg awak miliki sekarang sebab pada suatu masa dulu penglihatan mata itu kepunyaan saya”.

Begitulah kehidupan.

Hari ini sebelum kita marah makanan yang tidak sedap dimasak oleh isteri atau ibu kita, fikir dulu, kenangkan ada yang kelaparan tidak ada makanan untuk dimakan.

Sebelum kita memarahi isteri kita, kenangi orang yang terpaksa hidup sendirian. Sebelum kita mengeluh dengan kerenah anak kita, kenangi orang yang tiada mempunyai zuriat langsung.

Sebelum kita mengeluh berjalan jauh, kenangilah ada orang yang tak mampu berjalan. Semoga kita mendapat iktibar.

#inspirasidrzubaidi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...