Jangan Lupa Saksikan Filem Nur Kasih 19 Mei 2011 Ini

Hiburan

Jangan Lupa Saksikan Filem Nur Kasih 19 Mei 2011 Ini

filem nur kasih

Semasa ditayangkan di dalam bentuk drama, 19 juta rakyat Malaysia telah menonton dan merasai fenomenan Nur Kasih. Kini mampukah filem Nur Kasih yang bakal menjejakkan kakinya ke panggung wayang seluruh Malaysia pada 19 Mei ini memecahkan rekod tayangan filem Malaysia? Kalau 19 juta orang datang menonton filem ini, didarabkan dengan RM10, dah boleh dapat kutipan RM190 juta. Tak ke meletup-letup panggung?

Advertisement

Di bawah ialah official trailer filem Nur Kasih:-

Baru-baru ini pihak media telah pun dibawa menonton preview filem Nur Kasih ini. Daripada feedback yang diterima, hanya satu pesanan yang mampu Abang Nara sampaikan. Bawaklah 2, 3 kotak tisu untuk mengelap air mata anda. Khabarnya cerita ini sangat sedih. Kalau segagah atau sejantan mana pun anda, confirm air mata akan jatuh jua.

Dan kemungkinan besar Abang Nara dan beberapa orang rakan akan mengadakan Movie Day Out untuk filem Nur Kasih ini. Nantikan info lanjut tidak lama lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...