December 13th, 2010

astro jangan lupa lirik

Baru-baru ini, Astro berjaya memenangi Anugerah Program Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Awards 2010 (ATA 2010) melalui program yang dimeduikan oleh pengacara nombor satu negara, Aznil Hj Nawawi. Tahniah kami ucapkan. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh keseluruh rakyat Malaysia. Bukan senang nak menang satu anugerah berprestij begini.

Astro diiktiraf sebagai pemegang Anugerah Program Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Awards (ATA), acara yang paling dinantikan seluruh karyawan dari seluruh asia untuk industri televisyen. Jangan Lupa Lirik juga berjaya mendapat perhatian industri kerana menonjolkan kecemerlangan dalam susun atur jadual program, produksi dan persembahan.Pengiktirafan yang baru diraih ini sedikit sebanyak telah membantu menaikkan nama Malaysia dalam peta dunia melalui industri kandungan penyiaran Malaysia serta mempamerkan kecemerlangan rakyat Malaysia dalam aspek kreativiti.

Melalui lebih 1,000 peryertaan dari 15 buah negara di seluruh asia, iaitu Australia, Bangladesh, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan dan Thailand, kemenangan ini memberi kenangan manis buat Astro kerana berjaya memenangi Anugerah Program Permainan Kuiz Terbaik melalui program Jangan Lupa Lirik. Di samping itu, program Gelanggang Raja Lawak Akhir turut dipuji di dalam kategori Program Komedi Terbaik.

Jangan Lupa Lirik ialah sebuah rancangan yang menggunakan format program ”Don’t Forget The Lyrics” yang memerlukan para perserta bersaing untuk memenangi hadiah utama bernilai RM 1 juta dengan diuji menghafal lirik lagu daripada pelbagai jenis muzik.

Azlin Reza, Pengurus Saluran Astro RIA berkata, ”Program Jangan Lupa Lirik yang menampilkan pengacara No. 1 Malaysia; Aznil Hj Nawawi berjaya untuk mendalami jiwa para peserta serta penonton. Uniknya program ini tidak memerlukan para peserta untuk menyanyi dengan baik tetapi hanya perlu menyanyi dengan lirik yang betul. Secara tidak langsung, bakat artistik para peserta dapat dikongsi bersama para penonton di rumah!”

ATA yang kini meniti tahun yang ke-15 penganjurannya merupakan satu-satunya majlis anugerah media peringkat Asia yang mengiktiraf kebolehan dan kemampuan luar biasa yang dapat membantu membawa industri ini ke tahap lebih tinggi di seluruh Asia.


Comments are closed.

Loading...