Tampil memberi peringatan kepada bekas suami Lufya Omar, Dr Che Hafiz untuk menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak perempuannya, Laana Haura, pelakon jelita Rita Rudaini yakin dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa sekarang lebih memudahkan untuk melakukan urusan berkenaan.
Katanya, Dr Che wajar melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin.
“Hidup di zaman canggih moden ni macam-macam cara dan cabang nak bagi nafkah kat anak. Nak bagi dengan tak bagi ja. Tapi jangan la berdrama kata bagi sebenarnya hado.”
Menurut Rita, tak salah untuk bergembira di luar tetapi kewajipan serta tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang bapa itu tidak harus diketepikan.
“Tanggungjawab sebagai bapa ni tak perlu kena pi bayar masuk koleh belajar. Kalau rasa diri tu manusia, jadi la sebagai seorang manusia.
Malah ibu tunggal itu juga dilihat seakan memerli bekas suami Lufya supaya sedar akan kesalahan andai tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Kalau tak reti tanggungjawab, jangan jadi manusia. Tukar la jadi tapir ka, tenuk ka, khinzir ka.”
Untuk rekod, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan namun mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2013. Sepanjang penceraian tersebut, pelbagai kontroversi melanda kedua-dua belah pihak termasuklah tuntutan nafkah.
Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Sumber: Gempak