Perkongsian penyanyi dan pelakon era 80-an, Raja Ema di Facebook baru-baru ini mencetus tanda tanya netizen apabila dilihat seakan menyentuh isu keluarga melibatkan bekas suaminya, Sheqal.
Dipercayai, hantaran tersebut merujuk kepada kenyataan isteri Sheqal, Normah Mohd Yusoff, 58, yang sebelum ini merayu agar anak-anak hasil perkahwinan Sheqal dan Raja Ema datang melawat bapa mereka yang kini sedang tenat di hospital.
Dalam tulisannya, Raja Ema, 56, seolah-olah menegaskan agar perkara berkaitan keluarga dirujuk secara beradab, khususnya kepada ibu saudaranya yang juga pelakon, Hajah Sukarni Jaafar.
Kekma ni walau dah usia macam ni masih ada family lagi… Masih ada Bonda Hajjah Sukarni… Walau apa-apa, tak boleh suka-suka… Biar beradab, lebih-lebih lagi hal family… Jangan lupa adab.
Sebelum ini, Normah meluahkan hasrat agar dua anak Raja Ema dan Sheqal, iaitu Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah, datang bertemu bapa mereka, yang kini dalam keadaan koma sejak dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Menurutnya, sepanjang 25 tahun perkahwinan dengan Sheqal, dia tidak pernah melihat anak-anak tersebut bertemu dengan bapa mereka, dan berharap peluang terakhir ini tidak disia-siakan.
Usaha pihak media mendapatkan kenyataan lanjut daripada Raja Ema bagaimanapun tidak berjaya apabila beliau tidak memberikan sebarang maklum balas.
Untuk rekod, Raja Ema dan Sheqal berkahwin pada 1993 namun berpisah pada 1999 atas faktor tidak lagi sehaluan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.