Menyeru agar penerbit baru supaya menghormati tenaga kerja industri seni, pelakon popular Datuk Adi Putra tampil beri peringatan.
Menurutnya, individu terbabit tidak sepatutnya memberi harapan dalam soal kerja meskipun hakikatnya itu bukan niat asal.
“Apakan lagi isu Covid ini dan mereka juga ingin beralih pulih segi ekonomi. Kalau ya untuk setuju dengan tawaran turunkan dokumen buat perjanjian. Kalau nak ganti artis atau krew yang lain mohon dimaklumkan awal agar dapat dilaksanakan di rezeki yang lain. Insya-Allah dengan prinsip hormat-menghormati, ia akan kekal lama.”
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi filem Kl Gangster ini juga turut berpesan agar penerbit tidak “lock” tarikh tanpa surat perjanjian pembayaran.
“Pesanan akhir, jangan suruh kita diberi lock tarikh dengan air liur tanpa surat perjanjian booking fees. Ambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku semasa Covid-19 bermula. Tak sama rentak seperti sebelum ini. Wallahualam. Rezeki Allah tak pernah ke salah tempat.”
Terdahulu, sekitar tahun 2015, gempar di pelusuk media sosial apabila Adi difahamkan terpaksa berehat selama enam bulan daripada bidang lakonan akibat daripada kecederaan “slipped disc” yang dialaminya. Susulan kejadian dikatakan perlu melakukan rawatan susulan secara berterusan.