Jangan Letak Duit Atau Kad Belakang Casing, Ini Kesan Buruk Yang Anda Perlu Tahu

Trending

Jangan Letak Duit Atau Kad Belakang Casing, Ini Kesan Buruk Yang Anda Perlu Tahu
Siapa kat sini yang suka selit macam-macam pada casing telefon? Selain lebih mudah dibawa, kita pun tak perlu susah-susah cari benda tu dalam beg kan.

Tetapi sebenarnya tindakan ni akan bagi kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang tau. Ha kenapa boleh jadi macamtu?

Advertisement

Perkongsian BossAdrian di laman Tiktok ini mengatakan tindakan meletakkan barangan seperti duit kertas, kad debit atau tiket parking ini akan mendatangkan banyak masalah termasuk cip kad pengenalan dan bateri.

Tambah lelaki ini, jika kita meletakkan duit kertas pada casing, haba tidak boleh keluar secara baik dan ini akan memberi kesan kepada bateri.

Manakala, jika kita meletakkan tiket parking, berkemungkinan data tidak boleh dibaca kerana magnet akan merosakkan kod pada tiket tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan lelaki ini. Ternyata persoalan mereka tentang mengapa bateri telefon cepat habis, kad yang tidak boleh dikesan terjawab juga!

“Oh patut lah ic saya tak boleh nak detect”

“Kad parking tu saya selalu kena, fikir juga sebab apa, rupanya pasal letak belakang phone”

“Sekarang saya dah tahu kenapa bateri cepat drain”

Semoga info ini bermanfaat buat korang semua, lepasni elakkan letak apa apa dibelakang casing phone ya. Barangan terjaga, telefon pun boleh pakai lama.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...