“Jangan Letak Diri Sebagai Selebriti..” Zul Ariffin Kongsi Tips Buat Pelakon Baru

Hiburan

“Jangan Letak Diri Sebagai Selebriti..” Zul Ariffin Kongsi Tips Buat Pelakon Baru

Pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin berkongsi tips kepada pelakon yang baru sahaja menceburi dunia lakonan di Malaysia.

Zul Ariffin berkata, sikap profesional dan gaya pemikiran adalah dua benda yang patut diamalkan oleh setiap pelakon baharu.

Advertisement

Menurut pelakon filem Sangkar itu lagi, jika pelakon asyik memikirkan untuk menjadi ‘selebriti’ dan ‘artis’, ianya akan menjadi lain namun jika menganggap diri sebagai pelakon yang bekerja, pastinya bakat sentiasa dihargai oleh peminat.

View this post on Instagram

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Zaman sekarang, ramai pelakon yang fokus untuk meletakkan diri mereka sebagai seorang selebriti, bagi saya ia agak sukar. Orang ramai boleh memanggil saya sebagai selebriti dan sebagainya. Tetapi apa yang ada dalam minda sya, saya hanya pelakon yang bekerja di set penggambaran.”

Tambahnya lagi, jika sentiasa membawa ‘mindset’ itu dalam dunia lakonan, senang bagi pelakon itu untuk membawa diri dan jika ada yang cakap pelakon tidak mencapai jangkaan tertentu, tiada perasaan tertekan kerana niat utama bukanlah untuk menjadi popular tapi hanya untuk berlakon.

View this post on Instagram

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Perkembangan terkini, Zul kini sibuk di lokasi penggambaran telefilem Penunggang Agama yang dijangka bakal menemui penonton pada tahun hadapan.

Telefilem yang mengisahkan seorang suami yang kuat agama berhadapan cabaran dan dugaan apabila ahli keluarganya mengalami gangguan makhluk halus. Penunggang Agama turut dibintangi pelakon hebat seperti Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan dan Johan Asari.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...