Alhamdulillah, seperti tahun-tahun lalu, tahun ini Abang Nara diberikan kesempatan dan dimurahkan rezeki olehNya untuk menunaikan ibadah korban yang sangat-sangat dituntut di dalam Islam. Seperti biasa, Abang Nara telah hadir ke pejabat Zabeeh Services Sdn Bhd, syarikat yang menyediakan perkhidmatan korban dan akikah untuk umat Islam luar negara seperti Myanmar, Thailand, Filipina, Indonesia dan Bangladesh yang kurang bernasib baik untuk mendaftarkan ibadah korban tahun ini.
Mudah je nak mencari pejabat Zabeeh Services Sdn Bhd yang terletak di Gombak ini. Namun sekiranya ada sibuk, jangan risau sebab pendaftaran boleh dilakukan secara online di www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh – Qurban & Akikah Online. Tarikh tutup pendaftaran untuk ibadah korban tahun ini ialah pada 31 Ogos 2017. Jadi kenalah bersegera.
Selain daripada harga yang berpatutan (seekor kambing cuma RM580, satu bahagian lembu RM300 dan seekor lembu RM2100), apa yang paling Abang Nara suka tentang Zabeeh Services Sdn Bhd ialah mereka begitu profesional dan berpengalaman dalam menguruskan ibadah korban di luar negara ini. Paling best ialah kita akan dapat sijil selepas ibadah korban kita dijalankan. Sijil ini akan dihantar terus ke rumah sebagai tanda ibadah korban kita telah selamat dijalankan.
Seperti biasa selepas mengisi borang apa yang patut, ada akad memberi perwakilan kepada pihak Zabeeh untuk menguruskan ibadah korban. Senang je prosudernya. Semuanya selesai dalam masa 10 minit. Mudah, pantas dan cekap.
Jadi di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengajak anda semua untuk tidak melepaskan peluang melakukan ibadah korban tahun ini. Insya Allah dengan ibadah yang dilakukan, rezeki kita akan semakin dimurahkan olehNya. Banyak kelebihan melakukan korban ini. Rasanya semua orang tahu kot. Kalau nak lakukan dengan Zabeeh Services Sdn Bhd, ini cara-caranya. Pastikan lakukan ia sebelum 31 Ogos 2017 ye. Lebih daripada itu tak diterima dah.
1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada Daftar Qurban Online.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurban”.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Qurban”
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567
Selamat menjalankan ibadah korban. Semoga ibadah kita diterima olehNya tahun ini.