“Jangan Lakukan Hanya Ikut Musim..” Tabung Palestin Mizz Nina Dan Selebriti Raih RM17.9 Juta

Hiburan

“Jangan Lakukan Hanya Ikut Musim..” Tabung Palestin Mizz Nina Dan Selebriti Raih RM17.9 Juta

Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang difahamkan disertai pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) serta selebriti dan ikon kemanusiaan yang lain khabarnya telah berjaya mengumpul dana kutipan berjumlah hampir RM17.9 juta hasil sumbangan orang ramai terhadap rakyat Palestin.

Perkara tersebut diumumkan ikon kemanusiaan terkenal, Mizz Nina menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Advertisement

Menerusi entri tersebut, dia menzahirkan perasaan syukur kerana tidak percaya dengan sikap murah hati rakyat Malaysia sehingga berjaya memperoleh kutipan sebanyak itu.

Ujar Mizz Nina lagi, usaha sedemikian harus diteruskan dan tidak terhenti setakat itu sahaja.

“Alhamdullilah semoga Allah terima dan balas segala kebaikan anda. Kami tidak menjangkakan ia begitu banyak sekali begini. Mari teruskan usaha ini, jangan lakukannya hanya mengikut musim sahaja tetapi berterusan menyokong Palestin.”

Dalam pada itu, Mizz Nina juga turut memaklumkan bahawa hasil sumbangan itu akan digunakan secara berperingkat untuk disalurkan kepada klinik Malaysia Al-Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.

Sekadar info, MAD telah menggabungkan 20 NGO antaranya Cinta Gaza Malaysia, Global Peace Mission Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Iman Care dan lain-lain tidak disebut.

Antara selebriti yang giat dalam menjalankan kempen derma itu termasuklah Heliza Helmi, Faizal Tahir, Noh Saleh, PU Rahmat, Fedtri Yahya dan Natasha Hudson.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...