Istilah buli dah body shaming kini menjadi satu isu popular dalam masyarakat kita. Budaya dan kebiasaan ini banyak terjadi setiap hari.
Paling banyak kita temui dalam media sosial dengan mengejek, merendah-rendahkan atau menghina seseorang dari aspek rupa fizikal, atau dipanggil body shaming.
Penghinaan yang melibatkan aspek rupa bentuk tubuh, warna kulit dan penampilan diri itu turut menjadi kebimbangan.
Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia ada memuatnaik ciapan di laman twitter tentang perkara ini. Pihak KKM menjelaskan bahawa perlakuan menghina fizikal seseorang menggunakan khidmat aplikasi sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa.
Body Shaming adalah perbuatan menghina fizikal seseorang menggunakan perkhidmatan aplikasi.
Ia boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa spt:
1. Stres dan gangguan emosi
2. Hilang keyakinan diri
3. Kecelaruan pemakanan
4. Kemurungan
5. Kejadian bunuh diri pic.twitter.com/8iypTkKmFp— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) October 15, 2019
Mangsa yang terjejas akan mengalami stress, gangguan emosi, hilang kecelaruan diri, kemurungan dan ada yang sehingga membunuh diri.
Apa yang anda semua perlu tahu, Body shaming adalah jenayah buli siber.
Dimana, mangsa boleh membuat laporan polis atau keada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Body shaming adalah jenayah buli siber. Mangsa boleh buat laporan polis atau kpd SKMM.
Mengikut Sekyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50K atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) October 15, 2019
Mengikut Sekyen 233 (1)(b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Ciapan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini mendapat perhatian netizen di Twitter.
Rata-rata netizen memberi pendapat yang berbeza tentang ini:
Body shaming termasuk mengejek, speech impediments (halangan pertuturan), pelat gagap dan sebagainya.

KKM juga menjawab persoalan dari netizen berkaitan body shaming yang nyata dan jelas dan apa langkah-langkah yang mereka boleh ambil.

Ada juga netizen yang berkongsi kisah mereka yang pernah menjadi mangsa body shaming.

Jadi elakkan dari membuli seseorang tanpa kita sedar.
Sumber: Twitter