“Jangan Kutuk Ruhainies, Cinta Lokasi Normal” – Fatiya Latiff

Hiburan

“Jangan Kutuk Ruhainies, Cinta Lokasi Normal” – Fatiya Latiff

Pelakon Fatiya Latiff baru-baru ini ada memberikan pendapatnya mengenai isu tangkap khalwat melibatkan pelakon Ruhainies dan juga Aliff Aziz.

Ujar Fatiya, cinta lokasi adalah normal buat para pelakon yang terlalu mendalami watak.

Advertisement

Malah, menurutnya lagi, perasaan yang timbul dalam hati hero dan heroin sesebuah karya itu adalah kebetulan dan tidak sengaja.

Saya nak buka cerita sikit pasal Bella Astillah, Ruhainies dan Aliff Aziz. Benda ni normal dalam industri hiburan sebab mereka terlampau menghayati watak.

Apabila termasuk dalam watak yang digalas, itu yang akan membuatkan mereka jatuh cinta namun perasaan itu berlaku tanpa sengaja atau tiada niat.

Tegas Fatiya, dia tidak menyokong perbuatan menjalin hubungan sulit di set penggambaran namun hanya ingin berkongsi kisah benar.

Saya tak cakap apa yang mereka buat itu betul. Memang dari segi undang-undang salah, dari segi agama pun salah.

Saya rasa Bella tertekan dan menangis disebabkan netizen. Saya juga rasa dia faham situasi Aliff, dia okey sebenarnya.

Dia juga turut memberi contoh situasi di mana dia pernah terjebak dengan cinta lokasi suatu ketika dahulu.

Sebelum ini, Ruhainies dan Aliff Aziz telah menggemparkan industri hiburan apabila mereka berdua ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Susulan itu, isteri Aliff, aktres Bella Astillah telah memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap suaminya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Muaz
4 weeks ago

"Aliff Boleh Buat Kenapa Dia Tak Boleh?" - Didakwa Ada Skandal, Ramai 'Backup' Bella Astillah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...