Semenjak gerakan Blockout 2024 ini dilancarkan di Malaysia, nama pelakon Scha Al-Yahya telah dipetik sebagai salah seorang artis yang diminta boikot kerana didakwa bekerjasama dengan produk atau jenama yang menyokong Zionis.
Rezeki dah diaturkan
Menjawab kepada isu boikot tersebut, aktres ini memberi kenyataan di Instagram story baru-baru ini mengatakan rezeki setiap manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT dan orang lain tidak mempunyai sebarang hak untuk menghukum.
Setiap seorang daripada kita sudah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Baik saya, keluarga saya atau anda semua. Apa pun pekerjaan yang kita buat, itu juga lah rezeki yang sudah diaturkan.
Tapi siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah? Siapa kita untuk menjatuhkan hukum pada kehidupan dan rezeki seseorang?
View this post on Instagram
Jangan lupa dosa sesama manusia
Bukan itu sahaja, Scha turut menasihati netizen untuk berhenti menyebarkan kebencian dan melemparkan kata-kata kesat kepada orang lain. Dalam pada itu, dia juga menerima pendapat dan peringatan netizen dengan hati yang terbuka.
Jangan kita tanam kebencian dan sebar permusuhan hanya kerana tidak sealiran dengan anda. Caci, maki dan hinaan itu adalah dihalalkan?
Jangan pernah sekali kita lupa, dosa sesama manusia. Saya meraikan semua pendapat dan terima kasih atas segala peringatan.
View this post on Instagram
Sekadar info, gerakan Blockout 2024 ini dimulakan oleh pengguna media sosial bagi menggesa netizen bagi memboikot senarai artis atau pempengaruh yang didakwa mempromosikan produk dan jenama yang dikaitkan dengan Israel.