“Jangan Kerap Menyepi” – Dakwa Lee Zii Jia Bersikap Dingin Dengan Rakan Media, Teruk Pengulas Sukan Ini Dikecam

Kehidupan

“Jangan Kerap Menyepi” – Dakwa Lee Zii Jia Bersikap Dingin Dengan Rakan Media, Teruk Pengulas Sukan Ini Dikecam

Baru-baru ini, pengulas sukan profesional teruk dikecam netizen ketika mengulas perlawanan badminton antara pemain Malaysia, Lee Zii Jia dan pemain Sepanyol, Pablo Abian di Sukan Olimpik Paris 2024.

‘Jangan memencilkan diri dari rakan media’

Dalam hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu di laman X, pengulas sukan tersebut seperti tidak berpuas hati dengan sikap Lee Zii Jia yang didakwa tidak layan mesra terhadap rakan media sebelum bertolak ke Paris, sebelum ini.

Advertisement

Lee zii jia

Dalam pada itu, dia meminta pemain berumur 26 tahun itu untuk tidak ‘lari’ daripada pihak media yang cuba menaikkan imejnya.

Tak kisah kalau dia bersikap cold shoulder dengan rakan-rakan wartawan sebelum berlepas ke Paris, itu adalah pilihan beliau. Jadi selepas ini jangan kerap sangat untuk menyepi, memencilkan diri daripada rakan-rakan yang bertugas yang cuba melonjakkan imej anda.

Pengulas dakwa lee zii jia dingin

Dah boleh pencen, tak profesional

Susulan video itu telah tular di platform tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan merasakan pengulas tersebut tidak sepatutnya memberi ulasan berkaitan isu peribadi dan sebaliknya perlu fokus dengan corak permainan antara kedua-dua pihak.

Komen

 

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang beranggapan pengulas sukan itu sudah tidak relevan dan perlu pencen.

atlet triatlon muntah olimpik paris
4 months ago

Olimpik Paris 2024: Atlet Triatlon Muntah Berkali-Kali Selepas Terpaksa Berenang Di Sungai Seine Yang Tercemar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...