“Jangan Keliru Konsep ‘Kebebasan'”- Buka Mulut Isu Pesta Halloween Di REXKL, Fikry Ibrahim Dikecam Netizen

Hiburan

“Jangan Keliru Konsep ‘Kebebasan'”- Buka Mulut Isu Pesta Halloween Di REXKL, Fikry Ibrahim Dikecam Netizen

Pelakon dan juga personaliti TV, Fikry Ibrahim ada meluahkan pendapatnya mengenai isu LGBTQ+ setelah satu ruang acara popular di Kuala Lumpur telah menjadi sasaran pihak berkuasa apabila pihak penganjur ada melangsungkan pesta Halloween bersama golongan itu.

Kata Fikry di Twitter, dia percaya ramai mempunyai rasa hormat dan menerima golongan ini sebagai seorang manusia tetapi meminta agar mereka ini tidak terkeliru dengan konsep kebebasan.

Advertisement
Fikry IbrahimSumber : Twitter  

Isu ini bukanlah isu hormat atau menerima. Ini sepertinya cubaan untuk melampaui batas. Saya percaya ramai yang menghormati dan menerima mereka sebagai seorang manusia.

Menerima kewujudan mereka, menghormati mereka sebagai seorang rakan. Namun jangan pula terkeliru dengan konsep ‘kebebasan’.

Ciapan hos program Dewi Remaja itu kemudiannya menjadi sasaran netizen yang mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.

Jelas seseorang tidak memahami maksud dan konsep ‘kebebasan’.

Kata netizen, pihak penganjur telah mengadakan pesta itu di kawasan privasi dan ciapan Fikry itu seolah-olah tidak memahami dan menghormati mereka untuk berseronok.

TwitterSumber : Twitter  

Bunyi macam tak hormat atau menerima rakan LGBTQ kalau diorang pun diharamkan untuk mengadakan parti secara tersorok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noraniza idris 7 nasihat
1 year ago

(VIDEO) Noraniza Idris Tiba-Tiba Diam 'Part' Lagu 7 Nasihat Di Persembahan ASK, Netizen Persoal, - "Rosak Lagu!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...