Jangan Kecam, Cuma Ambil Gambar Untuk Kenangan Bukan Majlis Betul – Izreen Azminda

Hiburan

Jangan Kecam, Cuma Ambil Gambar Untuk Kenangan Bukan Majlis Betul – Izreen Azminda

Kembali dikecam dan dikatakan sengaja ingin menayang kebahagiaan serta tidak tahu malu gara-gara foto majlis persandingannya yang viral sejak semalam, pelakon Izreen Azminda bagaimanapun meminta agar orang ramai berhenti mengecam dirinya.

Advertisement

Jelas Izreen, ia cumalah satu sesi fotografi untuk beliau mengabdikan kenangan bersama suami, Ude Wahid. Pada masa yang sama, Izreen menafikan beliau bernikah semula seperti yang didakwa oleh netizen.

Itu bukan majlis kahwin tetapi acah macam majlis sebenar. Ia hanya sesi fotografi untuk kenangan saya dan suami. Jadi, janganlah fikir yang bukan-bukan pula. Saya sudah jangka perkara ini mesti kecoh. Malah, ada yang tuduh bukan-bukan. Ingin dijelaskan, penaja mahu sesi fotografi dibuat seperti majlis perkahwinan sebenar iaitu malam berinai, nikah dan resepsi.

Apatah lagi selepas berkahwin tahun lalu saya tidak pernah ada gambar rasmi perkahwinan. Jadi, saya terima tawaran mereka dan mengabadikan gambar ini sebagai kenangan bersama suami. Kalau perasan mana ada gambar tetamu dimuat naik. Secara logik, kalau majlis sebenar mesti saya letak sekali gambar keluarga.

Izreen turut memohon maaf kepada keluarganya, rakan-rakan artis serta pihak media yang mungkin tertanya-tanya mengapa beliau tidak mengirimkan sebarang jemputan untuk majlis tersebut. Tidak dapat menjelaskan mahupun menjawab setiap pertanyaan satu per satu, Izreen berharap agar semua pihak faham dengan adanya foto-foto sekitar persandingan itu.

Ditanya adakah beliau akan mengadakan majlis resepsi sebenar, Izreen memberitahu beliau hanya kenduri doa selamat memandangkan beliau juga sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Amir Naufal Photography

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...