Jangan Kata Saya Mudah Bertukar Teman Wanita Dan Saya Tidak Akan Mengaku Bercinta – Sharnaaz Ahmad

Hiburan

Jangan Kata Saya Mudah Bertukar Teman Wanita Dan Saya Tidak Akan Mengaku Bercinta – Sharnaaz Ahmad

Kemesraan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sering menjadi bualan ramai, namun mengenali diri Sharnaaz beliau memang tidak akan mengaku sedang menjalinkan hubungan percintaan meskipun setiap foto yang dimuat naik olehnya bersama Nabila menggambarkan mereka sebagai pasangan kekasih.

Advertisement

Sebenarnya, Sharnaaz dan Nabila sudah mengenali antara satu sama lain agak lama, Cuma hubungan mereka baru-baru ini menjadi lebih rapat.

Saya sudah mengenali dia sebelum ini tetapi tidak rapat, cuma baru-baru ini ada rakan memberitahu bahawa Nabila boleh membantu saya dalam perniagaan yang saya ceburi. Akhirnya kami mulai rapat dan apa yang boleh saya lihat kami senang bersama sebab serasi.

Baru sahaja putus cinta dengan model dan pelakon Anis Al –Idrus,  Sharnaaz nampaknya tidak tungg lama untuk mencari pengganti. Hal ini menyebabkan ramai pihak melabelkan beliau sebagai seorang lelaki yang mudah bertukar pasangan. Namun, Sharnaaz sama sekali menolak dakwaan tersebut.

Jangan kata saya mudah bertukar teman wanita, sepatutnya mereka kena faham keadaan jodoh itu sendiri. Jika sebelum ini tidak membawa kami ke mana-mana saya anggap itu bukan jodoh saya.

Dan jangan juga menuding jari mengatakan Nabila sebagai orang ketiga atau sebagainya. Apa yang saya cari adalah keserasian, sebab itu saya mengambil jalan untuk tidak pernah mendedahkan hubungan saya seperti sebelum-sebelum ini, sebab takut disalah tafsir.

Untuk pengetahuan anda, Noor Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga tetapi ia tidak kekal lama dan akhirnya beliau berpisah dengan bekas suaminnya.

Mengetahui tentang status Noor Nabila sebagai janda, Sharnaaz nampaknya tidak kisah dengan semua itu kerana beliau ikhlas berkawan dengan wanita tersebut.

Setiap orang sudah dianugerahkan dengan rezeki yang berbeza-beza, mungkin laluan kehidupan dia (Nabila) sudah ditakdirkan begitu. Kenapa saya perlu mempersoalkan status dia pula sedangkan saya ikhlas berkawan dengan dia. Saya tidak merasakan status yang dibawa Nabila merunsingkan saya, cukup rasanya saya serasi dengan dia .

Sampai bila pun kita tahu Sharnaaz memang tidak akan memberikan kenyataan beliau sedang bercinta, mungkin mereka sedang mengenali hati budi masing-masing dan siapa tahu kali ini Sharnaaz sudah bertemu dengan wanita yang cukup tepat dan serasi untuk dibuat isteri? Doakan yang baik-baik sahaja untuk belia dan Noor Nabila.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...