March 1st, 2018

Izreen Azminda memberitahu dia tidak masuk campur dan ambil tahu urusan perkahwinan suami dan isteri pertamanya, serta meminta dirinya tidak dikaitan dengan perceraian mereka yang bakal berlaku. Berita Harian Online memetik Izreen sebagai berkata:

Suami seorang yang pendiam. Apa saja yang berlaku dalam rumah tangga dengan isteri pertama, suami lebih suka mengambil langkah menyelesaikannya sendiri, tanpa berkongsi cerita dengan saya.

Jujurnya, ada kala saya tidak tahu apa masalah mereka. Saya tidak pernah bertanya, bergaduh atau apa saja berkaitan dengan rumah tangganya bersama Intan.

Sudah menjadi prinsip hidup kami, apabila pulang ke rumah saya, hanya hal rumah tangga kami dibincangkan. Saya sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua, jadi lebih baik saya tidak ambil tahu.

Semalam, suami Izreen, Ude Wahid, 30, dan isteri pertamanya Intan Liana Salleh, 33, telah hadir ke Mahkamah Syraiah Gombak Timur, Kuala Lumpur untuk menguruskan lafaz cerai.

Saya tidak boleh hidup dengan tenang jika terlalu memikirkan pandangan orang. Jadi, saya tidak ambil kisah dengan mulut netizen yang suka membuat tohmahan.

Saya mahu meneruskan hidup dengan takdir yang ditentukan ini. Allah SWT lebih mengetahuinya.

Intan bagaimanapun memberitahu masih sayangkan Ude, dan tidak tahu mengapa Ude ingin menceraikannya. Ujarnya mereka tidak lagi tinggal sebumbung setelah dia mendapat tahu mengenai perkahwinannya dengan Izreen. – beautifulnara.com


42 responses to “Jangan Kaitkan Saya Dengan Perceraian Suami Dan Isteri Pertamanya – Izreen Azminda”

  1. Leylla Zaara says:

    Apabila pulang ke rumah sy??? Sdgkn laki die xbalik pn rmh bini 1st! Ape pye ayat..so meaning die stay kat rmh ko je la kan…hmm xde drama la ko lps ni…karma tu ade..soon or later its yr turn!

  2. Chendana Doll says:

    dasar janda perampas!!!! gatal nk mampos!!! aku kalo jmpe ko kt luar aku lempar ngan telor busuk! #hakakemosi

  3. bulan sabit says:

    Konon ko tu nak baik2 bermadu.Patut ko pujuk laki ko blik umah bini first… kau ingatkan dia pasal giliran. Lepas tu ko ingat dengan berdiam diri xmasuk campur ko terlepas lah?? ni kahwin sebab nafsu ke sebab Allah?Macam tu ke hati murni? xpun kau seronok… ingat ude syok dekat kau je.. ish..

  4. stillen says:

    Muka pun mcm p*** ja depa dua ekor

  5. haha says:

    sepatutnya dalam kes ni, Izreen kena amik tahu. [email protected] pertama ko tu kira sebagai family ko jugak..sebab ko sendiri pon ckp “extend masjid” jadi “main masjid” lebih penting. Tanpa “main masjid” ni, robohla “extend masjid”. Jadi sebagai isteri yang baik, sepatutnya sama2 berbincang, ambil tahu perihal isteri pertama. Jika boleh diselamatkan, apa salahnya tolong. Jika tak boleh, tak apalah. Bukanla terus tak ambil tahu. Izreen, tolongla ada sifat empati sedikit, jika di masa hadapan terjadi mcm ni pada batang hidung ko mcm mana? guna balik ayat intan “saya tak tahu..suami pendiam orangnya..saya ingatkan tak ada masalah..sedar2 dah kawin lagi satu” masa tu baru ko tahu apa rasa si Intan.

Loading...