Jangan Kaitkan Saya Dengan Perceraian Suami Dan Isteri Pertamanya – Izreen Azminda

Hiburan

Jangan Kaitkan Saya Dengan Perceraian Suami Dan Isteri Pertamanya – Izreen Azminda

Izreen Azminda memberitahu dia tidak masuk campur dan ambil tahu urusan perkahwinan suami dan isteri pertamanya, serta meminta dirinya tidak dikaitan dengan perceraian mereka yang bakal berlaku. Berita Harian Online memetik Izreen sebagai berkata:

Suami seorang yang pendiam. Apa saja yang berlaku dalam rumah tangga dengan isteri pertama, suami lebih suka mengambil langkah menyelesaikannya sendiri, tanpa berkongsi cerita dengan saya.

Jujurnya, ada kala saya tidak tahu apa masalah mereka. Saya tidak pernah bertanya, bergaduh atau apa saja berkaitan dengan rumah tangganya bersama Intan.

Sudah menjadi prinsip hidup kami, apabila pulang ke rumah saya, hanya hal rumah tangga kami dibincangkan. Saya sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua, jadi lebih baik saya tidak ambil tahu.

Semalam, suami Izreen, Ude Wahid, 30, dan isteri pertamanya Intan Liana Salleh, 33, telah hadir ke Mahkamah Syraiah Gombak Timur, Kuala Lumpur untuk menguruskan lafaz cerai.

Saya tidak boleh hidup dengan tenang jika terlalu memikirkan pandangan orang. Jadi, saya tidak ambil kisah dengan mulut netizen yang suka membuat tohmahan.

Saya mahu meneruskan hidup dengan takdir yang ditentukan ini. Allah SWT lebih mengetahuinya.

Advertisement

Intan bagaimanapun memberitahu masih sayangkan Ude, dan tidak tahu mengapa Ude ingin menceraikannya. Ujarnya mereka tidak lagi tinggal sebumbung setelah dia mendapat tahu mengenai perkahwinannya dengan Izreen. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...