Jangan Kaitkan Saya Dengan Dadah – Akim Ahmad

Hiburan

Jangan Kaitkan Saya Dengan Dadah – Akim Ahmad

Dadah berbahaya. Dadah musuh negara. Amboi teringat pulak lagu tentang dadah yang amat popular masa Abang Nara muda-muda dulu. Selaku seorang penyanyi, pasti nama Akim Ahmad sedikit sebanyak tercalar apabila difitnah mengambil dadah ketika membuat persembahan untuk separuh akhir Muzik-Muzik baru-baru ini. Entah pihak mana yang menyebarkan fitnah tersebut. Mungkin ada yang cemburu melihat kebangkitan Akim Ahmad menerusi lagu “Mewangi” yang menjadi siulan ramai sekarang ini.

akim ahmad

Advertisement

Berdasarkan persembahan Akim & The Magistrate di AIM21 baru-baru ini, ternyata Akim sememangnya mampu memberikan persembahan yang awesome sekiranya tidak mengalami gemuruh seperti di separuh akhir Muzik-Muzik. Jadi diharap tak ada lagi fitnah yang cuba mengaitkan Akim dengan dadah. Kata Akim:-

Sejujurnya, ia sangat memberi kesan terhadap saya. Individu yang paling terkesan dengan perkara tersebut adalah ibu dan bapa saya. Ibu saya pernah menangis ketika membaca laporan tersebut. Saya mohon hentikan semua cerita tidak benar ini.

Saya berharap agar mereka berhenti daripada mengaitkan saya dengan perkara sebegini. Saya masih mempunyai keluarga dan saya tidak mahu mengecewakan mereka dengan cerita-cerita seperti ini.

akim ahmad

Sabarlah Akim. Biasalah bila kita tengah naik, macam-macam lah cerita kurang baik dikeluarkan oleh orang-orang tertentu untuk menjatuhkan kita. Ini semua asam garam dalam dunia hiburan. Semoga ia akan menjadikan Akim lebih tabah dan memberikan semangat untuk menghasilkan lebih banyak lagu berhantu. Good luck and all the best Akim. Sumber Kosmo.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...