Written by AbangNara | November 29th, 2013

Bila ada cerita mengenai Shila Amzah, pasti nama Sharnaaz Ahmad akan terpalit jua. Walaupun sudah lama mereka berdua putus cinta, orang ramai masih tidak mampu untuk membuang perhubungan mereka. Kalau Abang Nara jadi Sharnaaz, panas hati la jugak. Diri sendiri dah move on, tetapi orang lain sibuk nak bertanya-tanya lagi.

sharnaaz

Terbaru apabila Johan As’ari memilih Lana Nordin dan bukannya Shila Amzah, banyak pihak yang “berbaik hati” menyampaikan kisah tersebut kepada Sharnaaz menerusi Twitter. Bengang dengan tindakan pihak tersebut, Sharnaaz mengeluarkan amaran seperti di bawah:-

sharnaaz

Terdahulu menerusi MalaysianDigest, Sharnaaz sempat memberikan nasihat kepada Shila. Kata Sharnaaz:-

Kalau nak kata karma…, saya pernah muat naik ayat di instagram saya dulu, “Karma takes too long, I’d rather just beat the crap out of you now.

Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya pun tak ambil tahu lagi apa-apa. Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Jujur, saya tahu fasal berita tu pun dari pengurus saya pagi tadi (semalam).

Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama-lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh ker terima ke kebenaran tu? Hari ni mungkin hari dia (Shila).

Jodoh tu Tuhan yang tentukan. Tapi Kalau kita tak cari, Tuhan takkan hantar dari langit. Jadi kita pun kena lah cari. Mungkin ini usaha dia kot. Tapi nampaknya tak menjadi. Jadi dia cari lah orang lain

sharnaaz

Abang Nara tak berapa faham metafora “batu hitam jadi putih” yang diguna oleh Sharnaaz. Orang seni memang lain macam sikit bahasa mereka. Kepada Shila, ikutilah nasihat Sharnaaz. Dah bukan jodoh anda dengan Johan. Tak perlu rasanya nak luahkan perasaan kecewa, marah dan hampa menerusi laman sosial. Mungkin ada yang lebih baik menanti anda. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

93 responses to Jangan Kaitkan Aku Dengan Shila Atau Johan – Sharnaaz Ahmad

  1. Anonymous says:

    pakcik nd lala sila bg nasihat skit kat anak dara pakcik tu. tlg la jaga maruah keluarga. kalau adik saya mcm shila tu dah lama kena pelempang.

    • Jadah says:

      Kalau adik kau , kau nk terajang masuk longkang apa kami peduli pat sini …
      Lain la kalau kau retis … Hahhhahahha

  2. lalat says:

    i like u shanaz.

  3. hana says:

    Shaarnaz nie luaran je nmpk mcm ganas dn kasar.. tp dlmn die mgkn lembut.. sy ckp dr pengalaman org sekeliling.. sbb biasanya org yg luaran die nmpk kasar, dlmn die mesti bertentangan.. selama die bercinta dgn shila dl.. nmpk keikhlasan dn kejujuran die nk sunting shila sbg suri hidup.. tp 2 la mgkn mmg bkn jodoh die dgn shila.. kecian kt die sbnrnya sbb ble jd hal2 mcm nie secara automatik mesti org akan kaitkn die.. sggp nk bersara dr dunia hiburan semata2 nk jaga ati family.. sy respect dgn cara die.. sy bkn la peminat tegar die.. tp sy suka dgn cara lakonan yg die bwkkn.. die berbakat beso.. syg klu bakat 2 tersekat hnya dsbbkn hal2 mcm nie.. doakn jela yg baik2 utk shaarnaz.. moga perjalanan idop anda sntiasa dberkati oleh Allah.. aamiin..

  4. firdaus says:

    apa salahnya guna bahasa sopan ckit bro..melenting pn agak2 lah..jgn tunjuk kita nih x matang..rilek brader

  5. nata enchovy says:

    sokong sharnaaz 100%….

  6. rynna says:

    sharnaz ni mcm mr arrogant la..

    kasar2 tp tetap syg dan setia ngan pasangan nya..

    sharnaz ni calon ke 2 jd calon hero love u mr arrogant slps azlee khairi tau,last2 azlee yg dapat jd hero….

  7. Anonymous says:

    mlm nie anugerah skrin ak nk tgk sharnaaz jer
    xsbarnyeee i love u…

  8. Mia says:

    Eh tgk banyak komen kat sini cakap padan muka ND Lala sebab nak bermenantukan anak dato'(Johan). Tapi korang lupe ke, Sharnaaz tu pon anak Dato’ jugak..i bukan nak backing ND Lala tapi cakap facts je..ape2 yg jd antara Sharnaaz dgn Shila cume dorang je tahu..kite ni org memerhati je..ape2 pon dorang pon dah break..toksahla kaitkan Sharnaaz dgn Shila lg..kalau aku jd dia aku pon bengang..knp nak kaitkan hal Johan and Shila with him..yg lepas biarlah lepas..kesian Sharnaaz..he’s trying to move on..tp asyik terangkum dlm masalah Shila..

    • kll says:

      bapak sharnaz datok-ship dia x tinggi sgt..bapak johan tu dato yang high value punya..kawan pon dgn tokoh2 kenamaan. bapak sharnazz dato akademik aje..

  9. kasih says:

    Hai… sebenarnya sharnaz nie kena ada yang berpunya, baru la gosip si lalat nie x bersngkut paut ngn dye… so sharnaz cari lah wanita yang baik budinya, menghormati orang yg lbih tua,solehah dan x berpura2..

  10. Anonymous says:

    memangla shanaz ahmad ni hensem (serius aku rasa dia hensem) tapi menakutkan kot lelaki yang nak bertukang hammer bagai.
    bukannya elok sangat pun duk ikut ikut temper baran ni.
    boleh mendatangkan perkara tak elok kat diri sendiri even.
    sabar itu kan separuh daripada iman.
    eat some humble pie ok.

  11. […] Jangan Kaitkan Aku Dengan Shila Atau Johan – Sharnaaz Ahmad (72) […]

  12. mimosa says:

    Seriously, si Sharnaaz ni jauh lebih elok dari si Johan, bagi akulah. Aku harap Shila dapat bersama dengan si Sharnaz ni…..sedap mata memandang. Si johan tu tak hensem langsung. Si Johan dgn si Lana mmg perfect lah, sama2 kurang lawa. Shila dgn Sharnaz sama2 lawa……hmm….kalau shila tak nak, bagi kat aku pun tak ape.

  13. korang munafik says:

    Alah…korg smua munafik…dulu ckp sharnaz pns bran la,,muke mcm bgla laa. smua talam bermuka muka…

  14. hffhvgfvrtddcjfjvfxhvghmhgbfcvnbgk says:

    shanaz kena kawin dgn pmpuan yg sesuai bru org tk kaitkan dia dgn ex nya. even dh move on org masih lagi nk kaitkan dgn dia. sabor ler shanaz

  15. Nenek kau pakai T shirt says:

    Saja aku nk tanya korang yg lebih ariff pat sini ,

    Lana ni dulu pernah berlakon drama IMPIAN ILYANA tu ke ?
    Sebab wajah dia serupa mcm pelakon cerita tu .
    Asrap muslim pun ada dlm cerita tu .
    Hensem la sangat .
    Basah kalau tiap kali aku mimpikan Asrap tu ..

  16. Nenek kau pakai Tshirt says:

    Lana nordin tu pelakon drama Impian ILYANA kan ?

  17. marissa says:

    Johan tu dlu dgn izreen pom dye tgl cmtu jee..bapak kesian..pstu ngn nbila huda,now lana nordin..mg taste dye cmtu kot.xkn dye nk y brtdung bagai..sharnaaz dh iklas nk kwen dgn ank dye xbg..time anak bpeluk2 xlarang..ble org nk minang bodo2 g tolak…heran aku mk bpak shila

  18. Janda Vogue says:

    Shahnazz ni memang kategori lelaki macho dan ada pendirian…tak lah teruk sangat dia ni….kalau kena gaya nya…..boleh di jinakkan dia ni hehehe….

  19. ikan kembong says:

    i cintakan u sharnazz…mmuahh..

  20. intan nur azzura says:

    kalau akak jadi sharnaz pun akak meroyan…yg korang nak kait2 kan diorang knp?korang simpan je komen korang dalam poket okeh… takpe sharnaz…i ada… i suka kat u…i rela tunggu u sampai u suka kat i…i lagi cantik dari Shila.tak percaya?bukak blog i. http://intannurazzura.wordpress.com/..peace yooooy

  21. […] Jangan Kaitkan Aku Dengan Shila Atau Johan – Sharnaaz Ahmad (86) […]

  22. […] Jangan Kaitkan Aku Dengan Shila Atau Johan – Sharnaaz Ahmad (88) […]

  23. […] Jangan Kaitkan Aku Dengan Shila Atau Johan – Sharnaaz Ahmad (89) […]

  24. […] Jangan Kaitkan Aku Dengan Shila Atau Johan – Sharnaaz Ahmad (90) […]

  25. […] Jangan Kaitkan Aku Dengan Shila Atau Johan – Sharnaaz Ahmad (91) […]

  26. […] Jangan Kaitkan Aku Dengan Shila Atau Johan – Sharnaaz Ahmad (92) […]