Sejak semalam, nama pempengaruh Elcah menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia mendakwa rumah tangganya digganggu orang ketiga yang merupakan hijab stylist.
Isu itu menjadi semakin hangat apabila suami Elcah iaitu Afi Hamri pula mendakwa bahawa penyanyi Syada Amzah menjadi batu api dan mengajak isterinya untuk ke kelab malam.
Menerusi Threads, Afi telah membuat hantaran dan mendedahkan mesej yang dihantar oleh Syada kepada isterinya sebelum ini.
Dia juga menjelaskan bahawa Syada bukanlah mangsa di dalam hal ini sebaliknya adik kepada Shila Amzah itu menyebelahi hijab stylist berkenaan dan cuba merosakkan rumah tangganya.
Dia mesej bini aku, ‘Kamu akan tinggalkan Adel tak? Sebab kalau nak betulkan keadaan, tiada apa yang boleh diperbetulkan dah.’
Dakwa Afi lagi, Syada yang merupakan sahabat baik Elcah masuk campur urusan rumah tangganya tanpa mengetahui apa-apa kisah sebenar malah turut didakwa menghasut isterinya untuk bercerai.
Menerusi hantaran yang sama, Afi sempat menyindir Syada dan menyuruhnya membuat permohonan menjadi anggota penyelamat.
Nak jadi penyelamat sangat, pergi apply Bomba. Jangan kacau rumah tangga orang. Awak pun belum kahwin.
View on Threads