Seperti yang ramai ketahui, Bonda Rozita saban tahun menegur anak lelakinya, Datuk Seri Aliff Syukri tentang kelakuannya termasuklah penerbitan lagu raya usahawan sensasi tersebut.
Semoga kau berubah Syukri
Video dimuat naik oleh Bonda Rozita meraih perhatian selepas ia memaparkan dua beranak tersebut bersalaman dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri baru-baru ini.
Menerusi hantaran itu, Aliff dilihat bersalam dan meminta maaf kepada ibu tersayang sebelum Bonda Rozita pula memberikan kata-kata yang menyentuh hati ramai warganet.
Mak pun bukanlah seorang mak yang baik tapi sampai akhir hayat kau mak reda. Semoga kau berubah. Doakan yang terbaik untuk kau.
Jangan buat lagu raya lagi
Usahawan tersebut dilihat bergenang air mata mendengar ucapan dan nasihat daripada Bonda yang turut berpesan agar menjaga maruah keluarga dan tidak lagi menghasilkan lagu raya.
Satu yang mak minta, jangan ada lagi lagu raya. Mak serius ni, mak tak bergurau. Jaga maruah kita, maruah seorang lelaki, maruah orang Islam, maruah anak-anak kita.
Bonda bagaimanapun berkata dia bersyukur dikurniakan cahaya mata seperti Aliff yang disifatkannya sebagai anak yang baik terhadapnya.
Terima kasih jadi anak yang baik, terima kasih maafkan mak. Mudah-mudahan kita jumpa lagi dekat syurga ya Syukri. Solat betulkan ya.
@ibondarozitaibrahim Dia bergurau dgn kami , kami faham .. tapi bergurau dimedia sosial kena ada sensitivity . Jangan jemput fitnah , dosa selalu memburu hidup kita .. . Follower mohon jgn kecam – seburuk2 anak sy dia tetap anak sy – ujian utk bonda – Allah pilih sy utk dakwah – . Follower maafkan bonda ya . Kri masa awal kawin serumah dgn sy sampai ada Qadejah .. Selepas baem mereka xserumah dgn sy . Anak yati xpernah membesar dgn sy #bukan xrapat tp mereka mmg kurang cakap ikut dady dia macam tu . Sy penat dgn fitnah kecaman maka sy tulis .. sy jarang pos bab ni#bondarozitaibrahim #jrmprodukbonda #rumahhutanbondarozita ♬ Sedih Galau – Ercandra
Mohon jangan kecam, maafkan
Sementara itu, Bonda turut memohon agar orang ramai memaafkannya dan tidak lagi melontarkan kecaman terhadap anak lelakinya.
Ruangan komen rata-ratanya berkata Aliff sebenarnya seorang yang baik hati namun kelakuannya kurang digemari ramai masyarakat.
Dalam pada itu, Bonda berkata mungkin Aliff kurang sensitiviti tentang beberapa isu disebabkan disleksia yang dihidapinya.
Segelintir netizen akui berasa sebak mendengar kata-kata dan nasihat diberikan oleh Bonda kepada Aliff terutamanya ayatnya tentang bertemu anaknya di syurga.