Jangan Jadikan PKP Sebagai Alasan Berat Badan Naik, Lakukan 4 Perkara Mudah Ini Ketika Di Rumah

Kehidupan

Jangan Jadikan PKP Sebagai Alasan Berat Badan Naik, Lakukan 4 Perkara Mudah Ini Ketika Di Rumah

Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di dalam rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding aktiviti luar yang sering dilakukan sebelum ini. Tambahan pula, rakyat Malaysia sangat rajin memasak di dapur. Ini merupakan punca kepada berat badan seseorang boleh naik meningkat secara mendadak.

Lebih sebulan duduk di rumah, sedikit sebanyak memberi gangguan kepada pola pemakanan kita. Lebih-lebih lagi ramai yang berkerja dari rumah maka soal pemakanan sering dipandang ringan.

Advertisement

Beberapa tips mudah ini kami kongsikan untuk membantu anda menjalani tempoh PKP di rumah. Tiada alasan untuk tidak menjaga kesihatan meskipun anda sudah melakukan senaman ringkas di dalam rumah, pemakanan juga perlu diberi perhatian.

Ikut jadual makan seperti hari bekerja

jam dinding

Cadangan daripada pakar nutrisi, Wilma MacDonald menyarankan agar setiap individu yang berada di rumah untuk mengikut jadual makan seperti kita sedang bekerja di pejabat. Mulakan pagi anda dengan sarapan yang mengenyangkan dan air kosong. Jika anda boleh membuat senaman ringkas ianya amat digalakkan.

Setelah anda berada di ruangan kerja di dalam rumah, lakukan tugas seperti biasa sehingga masuk waktu makan tengahari. Habis sahaja waktu kerja, anda boleh mengemas tempat kerja dan membuat persediaan untuk makan malam pula. Dengan cara ini kita dapat memastikan pemakanan kita di dalam rumah juga teratur seperti hari biasa kita di pejabat.

Jangan biasakan makan sambil membuat kerja

komputer riba

Duduk di rumah menimbulkan mood yang lebih selesa untuk kita melakukan apa-apa kerja sekalipun. Mood ini juga akan menimbulkan perasaan malas untuk banyak bergerak. Tidak seperti di pejabat, kita perlu bergegas untuk keluar makan tengahari.

Kita lebih memilih untuk makan di hadapan komputer riba. Ini adalah tabiat buruk yang perlu dijauhi. Begitu juga dengan tabiat makan sambil melayan telefon bimbit.

Kajian oleh Journal of Health Psychology mengatakan bahawa individu yang makan sambil membuat sesuatu aktiviti cenderung untuk makan lebih banyak berbanding individu yang fokus menikmati makanan di hadapannya.

Kekalkan hidrasi dalam badan

air kosong

Minum air kosong juga boleh membantu perut kita untuk berasa kenyang. Ramai orang salah anggap apabila haus dan letih itu tandanya badan sedang lapar. Jangan terus suap makanan ke dalam mulut anda sebaiknya minum air putih dahulu agar badan anda menjadi selesa.

Sediakan juga satu botol minuman besar di sebelah meja tempat anda membuat kerja. Ini memudahkan kita apabila dahaga dan malas untuk mengambil air di dapur.

Jangan capai makanan ringan ketika bekerja

junk food

Kajian oleh International Journal of Obesity mendapati ramai sebenarnya yang gemar makan makanan ringan apabila makanan tersebut berada dekat dengan kita. Ketika waktu membuat kerja, simpan makanan ringan jauh dari pandangan kita.

Ramai orang yang makan makanan ringan kerana bosan atau tertekan. Sekiranya perkara ini berlaku, ambil masa untuk tenangkan diri dam minum air putih untuk meningkatkan oksigen dalam badan. Gantikan makanan ringan dengan snek sihat seperti buah dan kacang.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...