Pelakon, Sharifah Sakinah, 36, sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik teguran ‘pedas’ buat individu yang suka menjadikan isu gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) sebagai alasan untuk ‘cuci tangan’ dari perbuatan dan tingkah laku yang kurang elok.
“Jangan jadikan ADHD alasan untuk tutup buruk sendiri..”
Dalam hantaran yang dimuat naik di Threads, Sakinah berkata sekiranya masalah mental tidak mendatangkan kemudaratan teruk buat seseorang, maka dirinya perlulah berasa bersyukur.
Jangan jadikan ADHD sebagai alasan untuk menutup buruk sendiri. Kalau ada ADHD tetapi tidak menyakitkan anda, hanya nikmati sahaja.
View on Threads
Nasihat buat penghidap ADHD
Dalam pada masa yang sama, aktres itu turut sempat menasihati individu yang menghidap ADHD untuk merujuk kepada pakar perubatan sekiranya keadaan semakin serius.
Kalau sakit jumpa lah doktor, rehat dahulu dari kerja atau berhenti menyuap ‘dopamin murah’ seperti ganja, alkohol mahupun dadah jalanan, makan baring dan sosial media.
Sebelum ini, Sakinah pernah mendedahkan bahawa dirinya merupakan penghidap disleksia tahap ringan dan juga memiliki ciri-ciri penghidap ADHD.

