June 18th, 2020

Pelakon kacak, Aeril Zafrel baru-baru ini meluahkan rasa kekecewaan apabila dituduh menunjuk-nunjuk ketika berkongsi amalannya membayar zakat setiap bulan berbanding setahun sekali sebelum ini.

Suami kepada aktres Wawa Zainal itu menulis perasaan kecewanya itu di laman instagram pada khamis lalu. Dalam entri itu, dia mengatakan orang ramai tidak patut menjadikan hal itu sebagai punca kebencian masyarakat terhadap dirinya.

Perkongsiannya yang sebelum ini mengajak orang membayar zakat dan sentiasa istiqamah dalam melaksanakan rukun islam itu disalah erti oleh sesetengah netizen yang mengganggap Aeril tidak ikhlas dalam melakukan ibadah tersebut.

 Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini berkongsi tangkap layar komen negatif netizen yang menyifatkan tindakan Aeril hanya untuk ‘marketing’ dan kepentingan diri sendiri.

View this post on Instagram

Haritu sy ada pos tentang niat sy utk bayr zakat setiap bulan.serta mengajak & mengingatkan kepada mereka yg berniaga untuk melakukan ibadat wajib ni.. Jika kita tidak mampu untuk mendoakan ,jangan kita menjadi asbab menyebarkan kebencian . ‘ niat itu urusan hati, HATI itu urusan iLAHI….

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Dalam kapsyen entri berkenaan, Aeril meminta kepada orang ramai di luar sana supaya tidak menjadi asbab dalam menyebarkan kebencian.

“Niat itu urusan hati, HATI itu urusan ilahi,”- Aeril Zafril


2 responses to ““Jangan Jadi Punca Sebar Kebencian,” Aeril Zafrel Kesal Dituduh Sengaja Buat Marketing Kongsi Bayar Zakat Setiap Bulan”

  1. Anonymous says:

    sape la yang tahu niat dia ni….apapun kenape tak ambik gambar masa sedekah kat fakir miskin ke…gelandangan ke….tabung surau ke….huhu….lagi la best

  2. Anonymous says:

    Niat dia baik la..sebab nak galakkan org yg buat bisnis berzakat, xde masalah. kalau menunjuk2 tu yang ada tertera jumlah berapa nk byr atau tayang duit. Dia just tayang file kot. Yang bising2 ni dah byr zakat ke…jangan begitu, Fikir yang baik baik sahaja.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...