Pelakon kacak, Aeril Zafrel baru-baru ini meluahkan rasa kekecewaan apabila dituduh menunjuk-nunjuk ketika berkongsi amalannya membayar zakat setiap bulan berbanding setahun sekali sebelum ini.
Suami kepada aktres Wawa Zainal itu menulis perasaan kecewanya itu di laman instagram pada khamis lalu. Dalam entri itu, dia mengatakan orang ramai tidak patut menjadikan hal itu sebagai punca kebencian masyarakat terhadap dirinya.
Perkongsiannya yang sebelum ini mengajak orang membayar zakat dan sentiasa istiqamah dalam melaksanakan rukun islam itu disalah erti oleh sesetengah netizen yang mengganggap Aeril tidak ikhlas dalam melakukan ibadah tersebut.
View this post on InstagramPelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini berkongsi tangkap layar komen negatif netizen yang menyifatkan tindakan Aeril hanya untuk ‘marketing’ dan kepentingan diri sendiri.
View this post on InstagramAdvertisement
Dalam kapsyen entri berkenaan, Aeril meminta kepada orang ramai di luar sana supaya tidak menjadi asbab dalam menyebarkan kebencian.
“Niat itu urusan hati, HATI itu urusan ilahi,”- Aeril Zafril
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.2 Comments
Loading...
Anonymous
June 19, 2020 at 8:14 am
sape la yang tahu niat dia ni….apapun kenape tak ambik gambar masa sedekah kat fakir miskin ke…gelandangan ke….tabung surau ke….huhu….lagi la best
Anonymous
June 19, 2020 at 7:29 am
Niat dia baik la..sebab nak galakkan org yg buat bisnis berzakat, xde masalah. kalau menunjuk2 tu yang ada tertera jumlah berapa nk byr atau tayang duit. Dia just tayang file kot. Yang bising2 ni dah byr zakat ke…jangan begitu, Fikir yang baik baik sahaja.