“Jangan Jadi Pondan!!” – Terima Banyak DM Penuh Kata-Kata Kesat, PU Syed Cabar Untuk ‘Face To Face’

Kehidupan

“Jangan Jadi Pondan!!” – Terima Banyak DM Penuh Kata-Kata Kesat, PU Syed Cabar Untuk ‘Face To Face’

Pendakwah bebas, PU Syed memang selalu lantang bersuara dan menegur perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Paling kerap yang kita baca adalah kritikannya berkenaan acara-acara hiburan di Malaysia terutamanya konsert yang diadakan besar-besaran membabitkan selebriti antarabangsa.

Advertisement

Namun begitu, tidak semua orang bersetuju dengan pendapat atau kata-kata yang dilontarkan oleh PU Syed berkenaan hal sebegitu.

Malah, dia pernah dikritik kerana didakwa hanya lantang jika membabitkan artis antarabangsa tetapi berdiam diri ketika selebriti Indonesia mengadakan konsert di Malaysia.

PU Syed
3 bulan lalu

“Nak Pangkah, Pangkah Semua” - Digelar Munafik Kerana ‘Senyap’ Isu Artis Indo Ke Malaysia, Ini Respon PU Syed

Menerusi Instagram, dia mendedahkan mesej yang diterimanya oleh beberapa individu tidak dikenalinya di aplikasi tersebut.

Berdasarkan beberapa screenshot dimuat naik olehnya, kebanyakan mesej yang dihantar kepadanya itu mengandungi kata-kata kesat dan makian.

PU Syed bagaimanapun langsung tidak terkesan dengan mesej sebegitu malah dia sendiri turut mencabar mereka yang memakinya untuk berjumpa depan mata.

Kalau berani mari depan ambe la boh!! Jangan jadi pondan!!”

Menjengah ruangan komen, ramai pengikutnya yang mengingatkan PU Syed untuk bersabar dan ada yang berkata mahu sertainya untuk berjumpa dengan mereka itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...