“Jangan Jadi ‘Pengantin Basi’…” – Netizen Dah Muak Cerita Nak Kahwin Amira Othman Dan Fattah Amin?

Hiburan

“Jangan Jadi ‘Pengantin Basi’…” – Netizen Dah Muak Cerita Nak Kahwin Amira Othman Dan Fattah Amin?

Teka-teki sama ada penyanyi Amira Othman benar-benar akan berkahwin dengan aktor tampan, Fattah Amin semakin hangat diperkatakan.

Baru-baru ini, spekulasi itu dikatakan semakin memuncak apabila Amira Othman tampil dalam sebuah video promosi pakaian pengantin dan terlihat kad ucapan bertulis A & F.

Advertisement

Berikutan itu, ramai menyangka kedua-duanya sememangnya ‘sesuatu’ dan bakal disatukan tidak lama lagi.

Namun, perkongsian bersama antara kedua-dua figura itu nampaknya menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah netizen terutamnay kepada Amira Othman.

Kata netizen, sikap Amira yang tidak mengiyakan dan menafikan hubungan itu membuatkan standard pelakon itu terjejas sedikit demi sedikit.

komen netizen amira othman

Ujar warga maya, adalah lebih baik kedua-duanya tampil memberikan penjelasan sewajarnya agar tidak menjejaskan nama baik ataupun menjadi ‘pengantin basi’ jika terlalu kerap menunjukkan ‘hint’ untuk berkahwin.

Sehingga kini, Fattah dan Amira tidak menjelaskan lanjut mengenai status perhubungan antara mereka berdua namun kerap dilihat bersama di media sosial.

Malah, adik Amira Othman, Irfan Haris turut dilihat memberi ‘hint’ serupa di TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tengku zawyah iras izza
2025-08-25 10:15:21

Wajah Seiras Tengku Zawyah, Kenali Menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza - "Manis Wajah, Sopan Santun.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...