Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan” – Bront Palarae, Amerul Affendi Sindir Ahli Politik?

"Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan" - Bront Palarae, Amerul Affendi Sindir Ahli Politik?

Tampil memuat naik sebuah tweet mengulas mengenai situasi semasa yang berlaku dalam negara yang berdepan dengan pandemik COVID-19, nama pelakon popular Bront Palarae jadi perhatian netizen.

"Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan" - Bront Palarae, Amerul Affendi Sindir Ahli Politik?

Advertisement

Menurut Bront, ahli politik tidak sepatutnya menjadi individu yang diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan.

“Pak-pak menteri dan ahli-ahli politik sekalian, mohon jangan jadi ketam ajar anak berjalan. Kalau anda tak mampu menggalas amanah, jangan bebankan rakyat dengan sifat tidak bertanggungjawab anda.”

Tweet tersebut bagaimanapun tular dan khabarnya sehingga kini telah mendapat ulang kicau sebanyak lebih 44,000 kali dan 33,000 tanda setuju.

Namun begitu, selain Bront, pelakon berbakat besar Amerul Affendi dilihat tidak ketinggalan meluahkan kekesalannya terhadap situasi semasa negara.

“Kerana pak menteri/yb habis negara dibadai virus lagi. Kluster yang satu-satunya bang**g sekali.. yang tak faham bahasa dan tak ikut segala arahan. Material material material itulah yang hari-hari dilaungkan.. soal akhlak dan jati diri langsung tak dipeduli.”

Semalam, seakan mengejutkan ramai pihak anegara mencatat pertambahan 260 kes baharu positif COVID-19. Bilangan itu juga difahamkan merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sejak Februari.

"Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan" - Bront Palarae, Amerul Affendi Sindir Ahli Politik?

Hal itu mencetuskan kegusaran ramai pihak, malah wujud juga segelintir pihak yang mengaitkan peningkatan kes aktif itu dengan atmosfera politik yang berlaku sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah tempoh hari.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top