Anak mana yang tidak risau jika ibu mereka jatuh sakit, tambahan pula duduk berjauhan dan susah untuk berjumpa.
Seorang wanita yang sudah bergelar isteri terpaksa lalui hal perit apabila suaminya sendiri tidak membenarkan dia untuk pulang ke kampung untuk menjenguk ibu yang sedang sakit.
Perkongsiaan di laman Facebook itu telah meraih perhatian dan sememangnya tidak masuk dek akal.
Si suami juga sempat mengungkit soal syurga seorang isteri berada di bawah telapak kakinya, jadi wanita itu perlu mendengar kata suami tanpa alasan.
Jangan memandai nak jenguk, jangan jadi isteri derhaka!
Dalam pada masa yang sama, dia turut meminta agar wanita berkenaan terbabit untuk tidak jahil dalam agama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan perkongsiaan tersebut serta ada juga memberi pandangan bahawa si isteri tidak perlu mempedulikan suami zalim tersebut dan pergi menjenguk ibu yang sedang nazak itu sebelum terlambat.