Pelakon, Fizo Omar mengambil iktibar atas insiden kebakaran yang berlaku di Los Angeles, California sekali gus mengingatkan diri agar tidak bersikap angkuh.
Menurut Xtra, menerusi satu sesi siaran langsung, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Omar berpendapat, kejadian yang berlaku itu seolah-olah memberi satu pengajaran yang hebat kepada masyarakat.
Saya tengok kebakaran tu dari semalam, memang menakutkan. Bila fikir ikut akal, memang tak logik. Kuasa Allah sangat hebat.
Baru-baru ni, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meraikan tebusan, berlagak sombong. Dia berbelanja berbillion dolar semata nak hancurkan Gaza, Allah hantar api terus ranap semua musnah.
Saya bukan nak meraikan apa yang berlaku, tapi perkara yang jadi itu satu mesej yang membuka mata semua pihak tak kisah agama.
Dalam pada itu, Fizo sempat menasihati pengikutnya supaya tidak bersikap sombong.
Mereka (Amerika Syarikat) berpengaruh besar, perkara yang jadi disebabkan keangkuhan dan kesombongan.
Hidup ni jangan nak berlagak dengan orang, itu mesejnya. Jangan ingat kuasa dan duit boleh atasi segalanya.
View this post on Instagram
Sebelum ini, media melaporkan mengenai insiden kebakaran terbesar yang berlaku di Los Angeles di kawasan Pacific Palisades merebak dengan pantas ke Pasadena. Malah, dianggarkan lebih 12,000 hektar kawasan di LA terbakar.