“Jangan Ingat Aku Trans, Aku Akan Ajar Anak Kehidupan Ni” – Kongsi Kisah Ambil Anak Angkat, Netizen Anggap Hati Sajat Mulia

Hiburan

“Jangan Ingat Aku Trans, Aku Akan Ajar Anak Kehidupan Ni” – Kongsi Kisah Ambil Anak Angkat, Netizen Anggap Hati Sajat Mulia

Sedia maklum, Nur Sajat atau nama lelakinya, Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman mempunyai dua orang cahaya mata yang amat disayangi olehnya biarpun sekadar anak angkat iaitu Syaza dan Syahmi.

Namun begitu, berikut sudah menetap di Australia, mereka hanya dapat berkomunikasi hanya melalui video call sahaja untuk melepaskan rindu.

Advertisement

Baru-baru ini, tular video di TikTok usahawan tersebut menceritakan kisahnya mengambil Syaza dan Syami sebagai anak angkatnya.

Melalui kisah yang dicerita, Sajat memberitahu dia dapat mengambil kedua-dua anak kecil itu sebagai anak angkat berkat daripada pertolongan ibu angkatnya.

Difahamkan, ibu sebenar kembar tersebut mahu menggugurkan mereka dengan melakukan pelbagai cara, namun gagal dan akhirnya memberi kedua-duanya kepada Sajat.

Setelah selesai urusan mengambil Syaza dan Syahmi sebagai anak angkat, usahawan sensasi ini menjaga mereka dengan penuh kasih sayang serta mengakui bahawa dia tidak mengajar mereka mengenai transgender biarpun dirinya merupakan seorang lelaki bertukar jantina menjadi perempuan.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan cara didikan Sajat serta mengakui usahawan itu mempunyai hati yang mulia biarpun sering terpalit dengan kontroversi ‘panas’.

Sekadar info, Sajat kini menetap di Australia susulan lari daripada pihak berkuasa, namun dia enggan mengakui hal tersebut dan hanya mendakwa diri sekadar berhijrah ke negara lain saja.

sajat masih islam
2 years ago

"Aku Tetap Islam Walupun Maknyah.." - Sajat Bertegas Tak Duakan Islam Walapun Pilih Jadi Wanita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...