Baru-baru ini bekas isteri kepada Noh Salleh, Mizz Nina telah membuat hantaran di Instagram memaparkan dia mendukung anaknya, Musa.
Gambar itu turut dikongsikan di laman Facebook sebuah portal hiburan dengan caption mendoakan supaya kanak-kanak itu membesar menjadi seorang anak yang soleh.
Walau bagaimanapun, foto berkenaan telah mengundang reaksi negatif netizen yang mana rata-ratanya membangkitkan isu berhubung kes ludah Noh Salleh ketika Konsert Hausboom Music 2022 yang diadakan di Maeps, Selangor.
“Besar nanti jangan ludah-ludah orang macam ayah tau,” kata seorang warganet.
“Jadi anak soleh boleh, jangan jadi Noh Salleh,” ujar seorang lagi netizen.
Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa Mizz Nina cuba untuk meniru cara selebriti terkenal, Neelofa kerana tidak menayangkan wajah anaknya di dalam gambar tersebut.
Sekadar info, Mizz Nina dan Noh Salleh telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan berpisah secara baik pada bulan Ogos 2022 serta mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.