Written by Bella | March 12th, 2019

Walaupun dikecam oleh netizen termasuklah juga golongan artis dan penerbit, Datuk A. Aida tetap mempertahankan kenyataannya bahawa rupa paras merupakan kriteria penting bukan sahaja untuk pelakon tetapi untuk menaikkan lagi sesebuah drama.

Terimalah hakikat dan jangan hipokrit, memang fitrah manusia suka melihat benda yang cantik.

Itu adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini. Kenapa nak pertikaikan kerana industri lakonan era kini sememangnya memerlukan pelakon utama yang mempunyai rupa-paras menarik kerana ia adalah ‘bisnes’.

Itu adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini. Kenapa nak pertikaikan. Selebriti yang menyelar kenyataan saya itu mungkin tak faham. Mereka kena terima hakikat dan jangan jadi hipokrit. Sebab sememangnya setiap drama semua menggunakan pelakon utama yang mempunyai wajah cantik dan tampan.

Kalau tidak, siapa yang nak tengok drama tu? Bagi saya, bakat itu boleh digilap. Tapi rupa itu sangat penting untuk melariskan sesebuah drama.

Tidak kisah dengan kecaman yang turut mengaitkan wajahnya, A. Aida setakat ini sudah menyekat lebih 500 netizen yang meninggalkan komen negatif di Instagramya.

Sumber Berita : mStar Online

55 responses to Jangan Hipokrit, Kalau Pelakon Tak Cantik Siapa Nak Tengok Drama? – A. Aida

  1. Anonymous says:

    Makcik plastik ni lagi, NEXT……….!!!!!!!!

  2. Alanice says:

    Yg Xstuju sbb mke diorg pn pecah rmh

  3. iruka says:

    kalau nak banding pelakon cantik kononnya (anak rizrose) dengan nabila huda (yang biasa2). bakat diorang bagai langit dan bumi. sama juga dengan amerul affendi tu memang la tak hensem tapi he is very talented compare to most of the heroes yang konon hensem tu. tak payah la nak mempertikaikan bakat dan fizikal orang sangat. puan aida sendiri tu pun bagus sangat ke?

  4. Anonymous says:

    aku tengok yg kecoh2 x puashati dgn statement a.aida ni semua yg x hensem or lawa..que haidar, nurkhiriah, sherry alhadad..ogy ahmad daud. tp yg mmg jenis lawa & alter muka diam seribu bahasa..sbb mmg diorg tau..market kat malaysia ni mmg mementingkan rupa..yg x ada rupa mmg susah nak jual ..mmg la nk quality..tp nk buat filem & drama kena pakai modal..klau memanjang x laku..sape sanggup…