Walaupun dikecam oleh netizen termasuklah juga golongan artis dan penerbit, Datuk A. Aida tetap mempertahankan kenyataannya bahawa rupa paras merupakan kriteria penting bukan sahaja untuk pelakon tetapi untuk menaikkan lagi sesebuah drama.
Terimalah hakikat dan jangan hipokrit, memang fitrah manusia suka melihat benda yang cantik.
Itu adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini. Kenapa nak pertikaikan kerana industri lakonan era kini sememangnya memerlukan pelakon utama yang mempunyai rupa-paras menarik kerana ia adalah ‘bisnes’.
Itu adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini. Kenapa nak pertikaikan. Selebriti yang menyelar kenyataan saya itu mungkin tak faham. Mereka kena terima hakikat dan jangan jadi hipokrit. Sebab sememangnya setiap drama semua menggunakan pelakon utama yang mempunyai wajah cantik dan tampan.
Kalau tidak, siapa yang nak tengok drama tu? Bagi saya, bakat itu boleh digilap. Tapi rupa itu sangat penting untuk melariskan sesebuah drama.
Tidak kisah dengan kecaman yang turut mengaitkan wajahnya, A. Aida setakat ini sudah menyekat lebih 500 netizen yang meninggalkan komen negatif di Instagramya.