“Jangan Hentam, Watak Iman Dalam Drama Keluarga Itu Hanya Lakonan” – Rosyam Nor

Hiburan

“Jangan Hentam, Watak Iman Dalam Drama Keluarga Itu Hanya Lakonan” – Rosyam Nor

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor meminta orang ramai agar tidak terus mengecam wataknya sebagai Iman dalam drama sensasi Keluarga Itu, kerana apa yang dipaparkan hanyalah lakonan semata-mata.

Namun, Rosyam, 58, menegaskan bahawa karakter tersebut mempunyai nilai pengajaran dan mengangkat realiti kehidupan masyarakat.

Advertisement

Saya seorang pelakon, dan menjadi tanggungjawab saya untuk membawa watak sebegitu kerana drama adalah platform yang boleh mendidik masyarakat.

Mungkin ada perbuatan dalam lakonan saya yang membuatkan orang jijik, geli, dan meluat. Tapi kalau diikutkan, apa sangat reaksi yang saya buat pun?

Itu lakonan dan alhamdulillah bagi saya jika orang benci watak itu saya bersyukur kerana berjaya mempotretkan watak Iman seperti dikehendaki Erma Fatima, pengarah dan juga skrip itu,

Pelakon filem KL Gangster 2 itu turut berpendapat bahawa penonton tidak seharusnya membuat penilaian berdasarkan sedutan video pendek yang tular di media sosial tanpa menonton keseluruhan episod.

Drama itu tidak boleh dinilai daripada sedutan atau klip pendek dalam media sosial sahaja.Keluarga Itu baru sahaja ditayangkan enam episod tetapi ramai sudah cakap benda itu menjijikkan dan melemparkan tafsiran yang pelbagai

Bagi saya okey sahaja bila ada tokoh agama dan orang ramai sudah komen, maknanya orang menonton. Alhamdulillah saya diberitahu episod pertamanya rating tinggi iaitu sebanyak tiga juta malah dalam media sosial lebih 180 juta tontonan,

Sejak ditayangkan di Slot Lestary TV3 pada 28 Februari lalu, Keluarga Itu terus mencuri perhatian kerana mengangkat pelbagai isu sensasi dalam kehidupan berkeluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shiha zikir mohon maaf, tum tum raya
3 hours ago

Didakwa Tidak Sopan Dalam MV Lagu 'Tum Tum Raya', Shiha Zikir Mohon Maaf - "Niat Hanya Untuk Hiburkan Orang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...