Akhirnya Ustaz Kazim Elias menyampaikan apa yang terbuku di hati Abang Nara selama ini. Abang Nara tak adalah masalah dengan selebriti-selebriti wanita yang berhijrah. Abang Nara suka dan gembira mereka mengikut perintah agama. Namun apabila sesetengah selebriti tersebut tiba-tiba selepas bertudung terus jadi ustazah/pakar agama dan bagi ceramah sana-sini tanpa ilmu di dada, itu adalah sangat tidak wajar.
Teguran Ustaz Kazim Elias ini wajar dijadikan panduan buat selebriti wanita yang bercita-cita mahu berceramah atau berkongsi pengalaman mereka berhijrah selepas ini. Jangan hanya cakap kosong, belajar dulu. Kata Ustaz Kazim menerusi Mstar Online:-
Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.
Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu.
Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.
Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit, ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu
Walaupun bukan semua selebriti wanita berhijrah bersikap seperti ‘ustazah mee segera” ini, segelintir daripada mereka turut sama meminta bayaran yang melampau semata-mata untuk berkongsi cerita penghijrahan mereka. Hmmmm. Harap-harap perkara sebegini tak akan terjadi lagi. Daripada sibuk sertai ceramah sana sini, lebih baik pergi kuliah agama untuk mendalami ilmu agama. Tak gitu? Apa pendapat anda?
P.S: Songkok versi JDT di pasaran