Jangan Guris Hati Isteri Ketika Dia Sedang Mengandung, Tegurlah Elok-Elok..

Trending

Jangan Guris Hati Isteri Ketika Dia Sedang Mengandung, Tegurlah Elok-Elok..

Ini pengalaman kedua aku handle Eleena punya pregnancy mood. Dia kalau pregnant, morning sickness punyalah lama dan teruk. Mungkin sebab tu dia dipermudahkan masa bersalinkan Farrel.

Advertisement

Orang yang kata, Alhamdulillah.

Aku jenis yang tak meludah, tak reti buang hingus, geli nak berkahak hijau bagai. So part aku paling geli sekali, masa dia muntah.

Dalam keretalah tempat aku paling tak boleh blah, aku memang geli dan aku pun nak muntah sama jadinya. Jangan risau, plastik ada seguni aku standby.

Tapi macam mana geli sekali pun, aku tetap akan support dan gosok belakang badan dia sampai dia lega walaupun aku kat sebelah tutup mulut dan hidung.

Itu tugas aku sebagai suami dan aku masih ingat taklik pernikahan, “kekal bersama walau susah dan senang, sihat mahu pun sakit”.

Bila Eleena pregnant, aku akan jadi tong sampah paling setia sebab dia akan nak rasa semua benda. Rasa ya, bukan makan so bila perut Eleena kedepan dan perut aku pun turut serta, kau diam je kalau nak kawan lama dengan aku.

Eleena punya mengidam bila pregnant ialah asik nak berjalan je. Setiap hari dia akan call aku “D, i nak keluar kejap dengan Farrel, kat rumah panas lah” sedangkan kat rumah aku ada 9 biji aircond dari tingkat 3 ke tingkat 1 so maknanya dia nak masuk shopping mall. Confirm.

Macam mana malas dan letih pun Eleena sebab mood swing, segala kelengkapan aku nak pergi kerja tetap tersedia Alhamdulillah. Bila tengok mata dan muka dia yang letih tu, kemas rumah, basuh baju dengan menjaga Farrel yang berdesup ke sana ke mari macam lipas kudung, buat aku rasa bertuah sebagai suami.

Aku paling suka tengok Eleena gemuk, tengok dia mengembang lagi-lagi bila kaki dia bengkak, comel gila. Sebab gemuk dia tak lama, lepas 10-11 bulan jadi kurus balik so aku sangat hargai pengorbanan dia demi cinta pada aku sebagai suami walaupun aku paling malas nak garu perut dia yang gatal tu.

Waktu ni dia tak suka aku dengan Farrel dekat dengan dia masa tidur sebab dia panas. Aku dengan Farrel dah tak rasa kaki tangan sebab kebas sejuk tapi dia steady.

Kipas full speed, aircond punya temperature 16 dan both dia on ya. Kau tak rasa macam aku dengan Farrel tidur dalam peti ais?

Tak apa, 9 bulan je. Lepas tu semuanya normal balik. Masa nilah dapat tengok perut dia bergerak-gerak. And yes, aku baru perasan yang Farrel tahu dia nak ada adik dah so Farrel akan buat apa saja untuk dapatkan perhatian mummy dia. Eleena masuk toilet pun dia akan menangis macam kena dera.

Aku ingat lagi, lepas dia bersalinkan Farrel dulu, aku rasa sedih. Kau tahu kan rasa sedih dan sayu macam bila rutin kau masa bulan puasa dan habis. Azan, sahur, bazaar Ramadhan, berbuka puasa dan solat terawikh. Macam tulah sedihnya aku lepas Eleena bersalin. Allahu.

Kita sebagai lelaki ni, bebas keluar pergi kerja dan melepak dengan kawan, enjoy sana sini. Isteri, sanggup mengabdikan diri dan seluruh hidup dia pada kita di rumah semata-mata kerana syurga dan cinta.

Orang kata, waktu yang kerap isteri ditipu dan dikecewakan suami adalah waktu isteri mengandung. Kerana apa? Kerana suami tak faham yang isteri bukan menyombong, bukan mengada tapi kerana mood tengah bertukar. Dia sendiri tak boleh control.

Suami rasa isteri mengabaikan sedangkan kita sebagai suami yang tak faham perasaan dan penat lelah mereka membawa anak dalam kandungan. Mula lah ke Saboon, ke Pusat Urut Kaki Hartamas, mulalah cari perempuan lain. Ingat, penat kita bekerja takkan sama dengan penat isteri mengandung. Bertolak ansur bang.

Percayalah, segala kemarahan, segala sumpah seranah dan segala apa yang kau menyampah dengan perangai isteri kau akan hilang sekelip mata bagai gugurnya segala dosa-dosa dia bila kau tengok betapa susahnya dia bertarung nyawa melahirkan zuriat demi cinta pada suami.

Tolonglah, kita sebagai suami selalu bercakap dengan nada marah dan tekan suara bila tak suka perangai yang isteri buat masa mengandung. Cakaplah elok-elok, bukannya tak boleh.

Jangan guris hati isteri waktu mengandung. Ikutkan saja, sebab segala apa kita buat atau korbankan takkan sama dengan pengorbanan dia mengandung dan melahirkan. Macam mana mak kita berkorban untuk kita macam tulah isteri kita berkorban untuk anak-anak kita.

Isteri sangat perlukan kita waktu dia mengandung dan bersalin, lebih-lebih lagi waktu berpantang. Dia akan rasa rendah diri yang teramat sangat sebab gemuk, perut menggelebeh, selulit dan sebagainya.

Puji dia, senangkan hati dia dan bantu isteri mana yang patut, belikan Jus Tergelly yang banyak fungsinya terutama untuk kekal langsing , putih dari kerak masa mengandung, melicinkan balik kulit dari selulit dan paling penting, untuk isteri kekal bertenaga.

Jangan biarkan dia keseorangan, jangan biarkan dia fikir yang bukan-bukan. Ingat, betapa bahayanya Post Partum Depression (PPD) atau meroyan.

Sumber : Mizan Dzai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...